WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Wednesday, December 29, 2010

Sausage roll


Sausage roll...setelah memakannya di waktu jamuan makan di rumah jiran, ianya menjadi kegemaran Ammar, yg kalau dah start makan, tak boleh berenti. Hari ni buatkan untuk breakfast dia kerana dia tak layan laksa. Semalam petang, ada mee laksa lebih hari Selasa tapi kuah dah habis. Try buat kuah laksa kelantan. Pergh! Terangkat sbb ikan kembung yg fresh dan santan kelapa pun fresh. Dah jadi kuah laksa lemakku. Kalau ada laksam best nih! Tak dan nak amik gambar pun. Dimakan pulak dgn sambal belacan...mmg tak pandang belakang punye! Lepas ni boleh try buat laksa johor plak. Nak buat sausage roll ni senang ya amat.

Bahan-bahannya:
10 keping roti(dikukus)
10 btg sosej(dikukus)
putih telur(utk gamkan roti)
2 biji telur

Roti yg dah dikukus, dicanaikan bg nipis
Letak sosej kat tgh, gulung & gam dgn putih telur
Panaskan minyak
Celup roti ke dlm telur dan goreng hingga masak.

Nasi lemak daun pisang


Nasi lemak for breakfast. Makanan yg x pernah jemu dimakan, walaupun...faktor yg menggalakkan penternakan selulit di dalam badan. Pukul 4.30pg tu dah bgn nak prepare. Cuma sambal disponsored by, ada balance dari nasi lemak yg diberi jiran. Bukan malas, cuma tak nak membazir....finallay habis jugak sambal tu. Alhamdulillah...nasi lemak tu pun siap budak2 dpt mkn lunch lg sebelum pegi mengaji. Lagipun pg buzy sket, balik usrah dah pukul 10.30.

Cheese bun


Di petang Selasa yg dingin, dgn kerajinan yg menggunung aku pun menguli tepung utk membuat roti setelah mata terpukau dgn kegebuan cheese bun dr MamaFami Fotopages, TQ mama for the recipe! Walaupun lenguh tgn dan jari-jariku menguli tp hasilnye cukup memuaskan bila kuar dr oven je semua dah menunggu. Dalam 1/2 jam dah licin pinggan. Tak buat byk2 sebab utk testing...testing...kalau jadi lain kali buat lg ye anak-anak...

Bahan-bahannya:

230gm tepung (ku guna tpg gandum je, sbb x de tpg roti)
1 sudu kecil yis (rendam)
12g gula
1 sudu kecil garam
23g madu
1 kuning telur
35g butter/margerine
138ml fresh milk

Cara-cara
Campurkan semua bahan, uli.
Rehatkan selama 1 jam
Tumbuk2 dough & rehat lg 30 min
Bahagi kecil2, rehat 15min
Bentukkan dan isi filling, rehat 45min
Bakar 10 min, 210C.

Monday, December 27, 2010

My passion...my tension


Even though it's my passion but sometimes it makes me tensed up! Passion bila dpt siapkan baju utk family but tensed up bila baju org tak siap-siap. Yelah, kalau baju sendiri bolehlah free & easy tp bila kalau jahitkan utk org bila dia tanya bila nak siap & mengenangkan kalau-kalau tak sedap dipakai. Tapi since org suruh gak aku jahit, aku buatlah ikut yg aku belajar. So far suma ok cuma ada 2 baju je yg tak cantik jadinya. Mungkin time aku gunting kain tu jiwa kacau! Nalk memotong kain tu pun perlukan ketenangan & perut yg kenyang untuk mengelakkan berlaku kejadian yg tak diingini pada kain tu. Kain org tu wei! Kot mahal ke, mana aku nak ganti!
Semalam aku dah pegi ambik our family punya Qatar Health Card. Berjaya melakukannya sendiri! So settle satu hal. Pas ni jahit, jahit & jahit! Baju raya tak plan utk baju melayu pun. Kain baju kurung aku ngan azra dah ada. Tak de mood la nak raya, mungkin tak dapat balik raya thn depan. Tapi miracle happens sometimes....hoping for the best.

Pecal pengubat rindu


Ari tu dah buat toge, tauhu ada, timun ada, bahan kuah pun ada so mari kita buat pecal! Yum yum...lama tak makan. Mujur dulu mak selalu suruh buat kuah dia walaupun time tu malas tahap gaban tapi ad hikmahnya di waktu sekarang. TQ mak! Resepi kuahnye:
10 biji bawang merah - digoreng bulat2 dlm minyak
6 tangkai cili merah - sama spt di atas
1/2 kilo kacang tanah - digoreng dan dibuang kulitnya
4 helai daun limau purut
gula
garam

Cara-caranya:
Tumbuk bawang, cili, daun limau, garam dan gula.
blend kacang tanah.
Campurkan air panas ke dalam bhn yg ditumbuk, gaulkan.
Campurkan kacang tanah ke dlm kuah tadi.
Gaulkan dgn ulam-ulaman tu.

Bila makan gerenti tak toleh kiri-kanan punye!

Sunday, December 26, 2010

Singing dune @ bukit pasir berdengungggg




Friday ptg, we all satu family gi nengok circus & magic show kat clubhouse. Tu pun sebab dpt tiket time national celeb last week. Lagipun nak gak tgk apa yg ada. Kalau magic !show surely bebudak suker punye. Bila dah start, mcm best jer...lagipun performers dia lawa2 & handsome! Suma dtg dari Russia. So layan la for 1 hr. Dah petang tu lepak kat umah je. Perut pun kenyang lagi coz ari tu masak lagi butter prawn, ikan pekasam & sup sayur. Suma makan bersemangat. Ingat malam nak tgk abg main football tp ammar lak dah tido lagipun sejukkkkkk. Dok umah lagi best!
Circus tu x de mood lak nak bwk camera so x de lah gambo.
Saturday kitaorg pakat ngan membe2 gi dgr singing dune. Ni 1st time, excited jugak ni wpun x seadventure sand dune, layan la jugak! Plan nak mkn nasi so sorang bwk satu dish. Aku bwk yg simple je, ayam masak kicap ngan ikan masin. Ikan masin tu ramai peminat tuh!
Sampai tempat tu dlm kul 2, x jauh dr Doha. Mmg x de org & bangunan, yg ada cuma a few bukit pasir yg tinggi. Bebudak ni apalagi, sampai je terus panjat. Tgk diaorg naik laju je, yg mak2 & bpk2 ni 2-3 kali berenti. Nampak no dah x fit. Mengah tu woi! Tapi we enjoyed our evening very much. Yg best picnic ramai2 & dapat membe baru....Each time ada gathering mesti dpt membe baru, tu yg best! Pas ni leh dtg lagi, just tu fullfil our weekend, klu gi mall je pun boring gak! Lain la klu kat Dubai, mall tak terabih nak pegi. Lagi2 kalau gi time2 skrg. Tak pe, next time kita gi Dubai just for shopping yek....

Thursday, December 23, 2010

Settle satu hal

Ari ni pepagi lagi dah keluar pegi medical center, nak submit completed form utk health card application. Ya Allah...permudahkanlah pekerjaanku hari ini. Walaupun ada yg heran kenapa tidak abg aku yg kesana-sini nak uruskan mende ni tp aku bangga, at least tak de lah 100% rely on my hubby. Dia pun byk problem kat office, takkan la mende kecik ni pun aku nak bother dia. Lagipun boleh je bwk keta nak pegi mana-mana. Timba pengalaman sikit cuma language problem je sbb dia org x fasih english. Nampaknya aku pun kena belajar arabic ni, senang nak berurusan dgn org kerajaan. Kalau tak jadi ayam ngan kambing le.
Mood > Happy sebab dah settle satu kapla fening punya hal!

Sunday, December 19, 2010

Lagi satu kejayaan tercipta untukku



Wahaha....lihatlah dunia! Pokok toge ku yang merimbun dan bertimbun. Ni actually 3rd attempt, baru toge tu gundu sket! hehe rupanya selama ni x cukup air ropenye. Ni dah tau buat senang lah, x yah beli lagi. Lagipun gerenti bersih punya wpun x segumuk yg kat kedai. lalala

Happy Independence Day




Weekend ni, Qatar Independence Day celebration. Starting Fri, MAQ buat sand dune trip tp our family tak join pun sbb keadaan kereta yg tak mengizinkan. I dont mind pun...So whole day dok kat umah je buat aktiviti biasa dan berehat.
Saturday ada celebration kat Al Waha Club so we decided to go lepas lunch. Bila sampai tgk byk mainan for kids. At least the kids happy. Bagi dia org main game then coffee time kejap pas tu balik...
Sunday pun abg cuti. Doha day....City Center lagik! Coz nak cari kasut bola abg yg dah 'selamat..'. Sambil tu cuci mata la..tuk next month punya shopping! hehehe
Dah habis bab shopping, gi dinner kat Thai Smile. pergh...! baru puas je perut rasanya. Sedap tul! Alhamdulillah....
Pukul 6, suma dah penat, balik ler...apa tunggu lagik???

** Pst..dalam malas2 manja time weekend, sempat jugak masak butter prawn ni utk our Sat lunch. Licin pinggan. Nanti ummi wat lagi yek!

Wednesday, December 15, 2010

Terlepas sudah....

Minggu ni lewat nak update disebabkan kesibukan yg melanda...Dgn nak menjahitnye..dgn keje umahnye.dgn segala macam. Weekend activity...Fri dok kat umah je. Pagi ada morning coffe kat umah member, dah tu petang lepak kat umah je. Cuaca pun ala-ala lemau gitu. Sat baru keluar gi Doha. Kali ni nak cari attire tuk ammar, kan 3/1 nak start skool. Alasan je tuk ammar tp aku punye pun tersangkut sekali! hihi biasa la tu, kalau dah masuk kedai mesti nak beli! While i did my shopping, bebudak ni pegi enjoying themselves kat Fun City. Theme park mcm kat Genting tp ni mini punya la.
Sunday, Mon & Tue biasa2 je. Cuma mlm tadi Production Day utk Azra kat sekolah. So pegi la kitaorg tgk concert tu. A nice one, seronok pulak tgk budak2 from different country & diff races combined.
Ari ni pagi, usrah dah start balik. Seminggu sekali mengingatkan dan mengupdatekan diri dgn ilmu agama. Semoga mendapat hidayah dan keberkatannya, utk diriku dan jua kawsn-kawanku sekalian. Amin....

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah

Ari ni 1 Muharram...semoga tahun mendatang akan lebih bermakna buat kami sekeluarga. Semoga semakin dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan makin bertambah iman di dada kami Ya Allah.
Pagi ni nak pegi nursery ammar, nak settlekan bayaran or whatsoever. Dah nak start sekolah. I hope he'll be happy with his new coming life sepertimana anak kawan-kawanku. Cuma bab toilet yg ada kerisauan skit wpun dah lama dia dah tak perlukan pampers tp still need assistance bila kat toilet.
Nak siap jap,, nanti update lagi...

Berita terkini



Sebenarnye ni gambar dish utk tea time ari ni. Tak de kena mengena pon ngan tajuk! Saje jer...buat terliur...hihi
Lunch hour tadi abg cal. Dia kata dpt cal dari nursery. Ammar boleh start nursery 3/1 nanti. Nak ke x nak? Mesti lah nak, kang dia bagi kat org lain plak. Saje nak practise seblm masuk KG. Nanti senang, x delah bab nangis2 lagi. Lagipun dia dah boring dok umah, biar berkawan kat sekolah. Aku pulak la yg sunyi nanti. Nak masuk kelas arab & ngaji??? Akan difikirkan.

Parent - Teacher Meeting

Semalam, pukul 5.30 ptg appointment ngan cekgu2 sekolah haziq & azra. Kalau kat msia tu kira 'Report Card Day' la. Sebelum tu last week dah dapat result tuk term ni. Surprised sebab dugaan kami salah belaka. Result haziq lebih ok dr azra wpun haziq yg selalu buat kita org stress bila tgk dia buat maths tp result average. Ok pada aku dgn school environment yg totally new to him. Kalau primary still relax tp bila dah secondary concept dah tukar, mcm kolej. Nak push sgt pun tak boleh, let him take it slowly.
1st jumpa cikgu azra. Dia kata azra too quiet in the class, never ask ques & always sit behind as if won't be seen by teacher. Tu yg kitaorg terkezut! Kat umah tak henti2 bercakap. Confident level yg kurang, nanti cikgu dia nak enrolkan self confidence class. Join dgn budak2 yg sewaktu dgn dia. Better for her, supaya senang bila dah secondary nanti.
Jumpa cikgu haziq pulak. Semua cikgu yg kitaorg jumpa ckp haziq is a lovely & friendly boy. Tapi....prob dia sejak kinde lagi still ada. Sometimes he'll be in 'Planet Amirul'. X tau apa dia angankan. Pas tu biasa la, confident nak bercakap in eng. Nampaknya kat umah kena start speaking jugak la. Lagipun ammar pun x lama dah nak sekolah.
Overall we as a parent satisfied jugak ngan result kali ni. Hopefully it will be better in the future. Doa ummi sentiasa bersamamu anak2ku.....

Sunday, December 5, 2010

Sunday....


Minggu baru bermula lagi....weekend started on friday nite. Gi crabbing la....ada je undangan. Memula malas nak join. Abg kata dia bwk haziq & azra je. Tp klu x join, aku nak wat apa kat umah??? Nak tangkap lalat pun x de so pegi la. Lagipun tak tau pas ni ada org nak gi mengetam lg ke x. I decided nak turun tangkap jugak mlm ni. Semua kata best, nak jugak xperience tu. Dish aku bwk spaghetti @ mee goreng. Menjadi plak mee mamak aku, cuma x de tauhu je. Pas tu bwk kopi o panas 1 flask. Pergh! Sejuk2 minum mesti best punye!
Kali ni pegi dalam 6 family jugak. Dapat kwn baru dr QP. Lepas minum xpedisi pun bermula. Aku ni takut sebenarnya...takut kena sepit. Dahlah berselut, kaki asyik tenggelam je. Pegi kat tengah skit baru ada byk ketam. Itupun ambik 1/2 baldi je sbb dah sejuk, abg dukung ammar pas tu aku pun takut....I'm not an adventurous person! 1/2 baldi pun jadilah...nak wat stuffed crab.
Balik dalam pukul 10.30, itupun dah x leh tahan. Sejukkkkk sgt wpun dah pakai sweater.

Friday, dok umah je. Berkemas, iron baju & relax2.
Sat, our outing day! Lepas abg berkebun, siap2 & keluar. Dest: City Center.Byk mende nak cari ni. Tp ada jugak yg x dapat, kena gi tempat lain. Itupun dah mlm baru keluar dr situ. X dan nak gi tempat lain dah. Fenat!
Ari ni mode malas....tp siap jugak stuffed crab ku....layanzzzzz

Thursday, December 2, 2010

Emosi yang melanda

" I've went through a lot and I'm now in break" ~ words that responsible in making a distraction in me this morning. What does the words mean?? Hanya org yg mengatakannya tahu maksud ayat ini di kala dia mengekspreskan kepada yg berkenaan. Tapi aku still tak puas hati!!! Arghh!! Abaikan....
Mlm ni ada org ajak pegi mengetam. Rasa nak pegi sbb klu dok umah pun mesti jadi mama bosan punye! Cuma dish nak bawak belum pikir lagi.....

Tuesday, November 30, 2010

Haziq oh Haziq....

Hari yang biasa, melayan kerja rumah, melayan hobi dan melayan kerenah anak-anak. Ptg patutnya pukul 2 Haziq ada 1st class ngaji setelah kian lama mencari guru utk menyambung pengajian Al-Quran nya. Walaupun aku ajar kat rumah tapi tajwidnya perlu diperbetulkan lagi. Begitu juga dgnku. Menunggu masa Ammar masuk sekolah, aku pun akan pergi kelas mengaji dan tajwid. Inilah masanya untuk meningkatkan kualiti diri, bkn utk org lain tetapi utk bekalan diri sendiri kelak.
Tapi.....tunggu punya tunggu, dah pukul 2 tak blk2! Mana pulak la peginye, selalu pukul 1.40 dah sampai umah. Rupanya dia jln kaki dgn Azra, pukul 2.15 baru sampai rumah. Last2 tpon member yg anta anak dia sama, anta pukul 3.30.
1st time anta mesti aku nak berkenalan dgn cekgu dia. Aku tau dia akan ok belajar sbb dia dah tau baca so x de problem besar kat situ. Cuma....problem dia.....cepat hilang concentration. Every nite abg akan suruh dia buat latihan maths, dia boleh buat wpun asyik kena marah sbb asyik buat careless mistakes tp boleh jugak buat dgn betul finally. Cuma nak solve concentration prob pada Haziq ni yg kitaorg fening lalat sket. Atau mungkin time mlm tu dia dah penat & need rest. Tapi main game ok plak! Perangai anakku sorang ni yg pelik tapi benar.....

Monday, November 29, 2010

BBQ @ Ras Laffan private beach

Last Fri, geng Dubai waa...ada nama geng lagik! Kita org mmg plan nak buat bbq & semua setuju ngan date. Maka dgn itu...kita org ditugaskan utk cop tempat memandangkan semua x de bbq set so kena cop yg kat club punye. Gate bukak pukul 10. ngam-ngam je kita org sampai. Org pertama tuh! Gaknye mamat security tu pon heran, awal pg sungguh! Mentang2 umah dekat! So dptlah set tu. Menu dari aku: ikan kembung, sherry, jess & ketam yg dpt mlm tadi tu. Ku buatkan sambal, pas tu gaulkan ketam..taraaaa. Yelah, dr simpan kat umah, ntah bile aku nak masaknye baik bawak, harap2 ada org sudi mkn.
Selepas sejam, api dah ready utk membakar, membe lain pun sampai. Just nice la tu, leh terus start masak. Bau dia...pergh!!!! Ingatkan ketam tu x de peminat, takut semua dah boring ngan ketam tapi....itu yg abis dulu! Alhamdulillah...tau td bwk suma yg kat dalam peti ais. Clear skit sbb mngkn this week akan gi mengetam lg. Dapat lg ketam...
Ari ni vacation mmg enjoy mkn! Bdk2 pulak enjoy main pasir tp kesian abgku...cedera di tapak kaki sbb terpijak batu or kerang, x tau time nak pegi tgh pantai tu.
Next time buat planning lain for vacation ye kwn-kwn....

A gift for no reason


Cukupla citer cuti-cuti. Dah stop malas nak sambung, lagipun citer dah basi. Overall the vacation was very enjoyable to our family walaupun tah abih jalan lagi. Next time sure we'll be coming back, Dubai!
Raya haji ari tu one of abg's friend blk msia, aku mintak belikan kamus Besta utk budak2 ni. Tetiba one day in last week, aku blogwalking kat one blog yg i always follow, kebetulan dia masukkan entry promo Estee Lauder - Coach for xmas. Haa....! I fell in love at a 1st sight! Nak...nak jugak! Ting!!!!! tanduk pun sudah keluar. Aku cite kat abg, dia kata, apa lg, cal la adik, mntk tlg belikan & kirim kat member dia tu. Dan2 tu jugak aku cal. Dia kata ada jumpa promo yu kat counter EL. yuhuuuu! Tq abg...
Minggu aku sibuk, try jahit tudung. 3rd attempt baru seems perfect & sedap dipakai. X pelah faez...failure is the best teacher. Nanti ko akan pandai jugak! X yah abiskan ribu2 kat Ariani lagi....kat situ je dah jimat! Leh aku shopping mende lain pulak! lalala....hahaha

Thursday, November 25, 2010

Lagi


Sambung lagi...4th day, pagi pun x berapa pagi, dah kul 11. Beramai-ramai pegi ke Dubai Creek. Nak naik bot, fees dia Dhs 500 utk 2 jam. Suma dah agree, naiklah ke dlm bot tu. Suma kecoh carik tempat duduk & amik gambo ler...tu kan acara wajib. Seb baik msk tandas pun tak amik gambo. Tp serius, tandas kat mall suma cantik giler! Boat tu jln 2 pusingan kat sungai tu. Actually lama la 2 jam tu. Bdk2 pun dah bising kelaparan. Kat kiri-kanan ada la souq, muzium & tempat tumpuan org ramai.
Dah lepas berpanas & berpenat wpun sebenarnya cuma duduk je kat dlm bot, pegi pulak menjamu perut yg tersgt la kelaparan. Dah tu pegi pulak ke Naif Rd, masa yg ditunggu-tunggu jugak dek kaum ibu. Shopping kain ler pulak! Masuk je kedai tu, kita org terkezut la jugak sbb staff dia ckp melayu. Tp actually kat doha pun ramai india pandai ckp melayu sbb penah keje kat msia. Tapi kes ni x penah sampai msia pon, msia yg dtg kat dia! Sbbnya...sape2 yg dtg dubai klu nak beli kain sure dtg tempat dia, Phulwani. Even VIP pun, siap memasing tgglkan name card lagi! PPenuh satu kedai, sampai ke siling pon dia tampal. They're making a very good business!
Pilih kain, dah rambang mata, yelah bkn tuk aku je tp nak bawak blk msia sekali. Nanti sedara-mara ingatlah, kain tu beli kat dubai.heheh Kat situ 1k jugak dah spend. Rekod, rekod, jgn tak rekod..

Tuesday, November 23, 2010

Citer cuti lagi



Sambung lagi....3rd day plak. Semalam suma flat jugak sbb penat main snow, mlm tido lena...Pepagi kul 9 start gather lg kat lobby. Ari ni 1st dest pegi Dubai Mall sambil amik gambar kat ' World's highest building - Burj Khalifah @ Burj Dubai'. Ari ni jugak nak tgk2 handbag. Tu yg mummy2 suma looking forward tu.
Sampai je kat situ suma berpecah, yelah, takkan nak jln satu rombongan mcm kat sekolah plak. 1st thing 1st, mestilah kitaorg carik makan. Perut dah kenyang baru kaki boleh jalan.Besar wooo mall tuh! Klu perut kosong mau menggigil rasanya. Dah mkn gi amik gambar kat burj tu. X amik pro photographer pun, abgku punn dah pro!
Dah lepas tu baru start jln, tu pun x masuk suma kedai, pilih yg penting je. Beli toy Ammar, accessories azra & i got a Guccissima for me...! Harga dia rasanya yg plg murah kot kat butik tu sbb yg aku berkenan kat tu je so yg lain i x tanya. Tp klu cite kat org yg x sewaktu dgnku, harga mmg ridiculous just for a handbag! Tp aku beli for my satisfaction! I don't mind what people will say! haha
Dah lepas membazir kat Dubai Mall lak, beralih arah ke IKEA...! Ni berapa plak aku nak spend nih??!! relek la bang, bkn selalu pon...hihi
Dah masuk ikea tu, food court la peginye, dgn harapan meatball dia sama sebijik mcm kat kl. Sekali makan alamak....lain, rasanya dia ada campur kambing kot. Mesti la nak selitkan jugak cik kambing tu! Dah beli kenalah layanzzz je. Klu tak sayang lak.
Bila gi kitchen section, nak x nak mesti sambar brg punye. I got 1 pan, pas tu 1 set of spatula & 2 blanket for the kids. Harga dia murah lg compared to kl.
That's for the day..suma dah bkn tired je but exhausteddddd!
To be continued....

Monday, November 22, 2010

Bab cuti lagi






Continuation bab semalam. 2nd day, suma dah rehat mlm tadi so pg tu fresh, boleh start the journey. 1st dest is Ibn Battuta Mall yg cantik tu. Sekali sampai, mmg cantik! Dia ada byk court ie China, Egypt, India, Tunisia, Persia. Kita org x plan nak shopping kat sini coz nanti nak shopping kat Dubai Mall & Mall f The Emirates. So jln2 cuci mata & of course amik gambo le. Tapi bila lalu kat Borders, terpedaya juga diriku ini bilamana menimbun novel2 yg harganya cuma Dhs10! So i got one for each of us. Tp aku punye beli 2. Org lain sibuk jln2, kita org sibuk layan perut, tu sbb x abis jln kat mall ni. X pe lah, kedai suma lebih kurang je lgpun mmg nak window shopping je.
2nd episode of the day....Mall Of The Emirates. Tempat ni pun happening jugak. Tapi terlalu ramai manusia sbb kat sini jugak Ski Dubai is situated. Budak-budak pun excited sungguh nak pegi tempat ni. Mak & bapak budak pun sama je....So to fulfill promise, kita org pun msk le, x de la nak main ski, bkn reti pun. Just main snow, amik gambo & naik chairlift. Tu pun dah spend Dhs1000 tuk tiket. Nak gi switzerland lama lg, main la snow kat Dubai dulu. Overall its really fun, for both of us & surely for the kids!

To be continued lg...

Our vacation story




12/11/2010, pukul 4.45 pg waktu Qatar, bertolak lah kami sefamily menuju ke Doha utk berkumpul bersama kwn2 yg lain dan meneruskan perjalanan ke Dubai & Abu Dhabi seperti yg dirancang. Pukul 6.15 bertolak dr Doha, berhenti di border Arab Saudi utk cek passport dan urusan tok nenek segala. Masalahnye kat situ je dah 2 jam stranded. Urusan imigresen satu hal, yg bwk keta pun satu hal. Tak de nye yg boleh sabar especially 'org2 kg' tu. Last2 semua keta dah jammed kat satu tempat! Aparaa....pakaian je beriman tp akhlak...sendri mau ingat! kat situ je dah bertambah dosa kita org sbb mengutuk dia org ni.
Lepas border saudi, border UAE plak. tu tak de la lama sgt tp bab toilet lak nak cite. Mak ai! toilet dia mmg x maintain. sape yg x leh thn dgn bau & kotoran mmg x jadi lepas hajat. terlalu teruk! paip pun tunggang langgang. tp itu suma pengalaman... Pukul 3 baru jumpa pekan kecik, berenti for solat & lunch.
Perjalanan diteruskan....sampai dubai pukul 9+. Semua dah kepenatan. Masuk bilik...boom boom!
To be continued....

Wednesday, November 10, 2010

Travelling preliminary preparation

Esok, Jumaat, 12/11/2011, akan bermula perjalanan merentas padang pasir untuk 5 keluarga menuju destinasi percutian sempena hari raya haji thn ni iaitu Dubai. Suma dah xcited ni. Dgn niat utk melihat2 negara org dan of course...SHOPPING ler...Dubaikan kota fesyen kat Mid East ni. Suma pakat2 nak terjah butik handbag. Biasalah, ladies....
Tapi...sebelum semua itu berlaku, hari ni ken lah start prepare dulu. Packing baju, ( ni yg maleh ni) & msk sikit tuk bfast & lunch esok. Tapi lauk simple je. Pagi mkn sandwich & lunch aku kena msk ayam kicap. tugas masak dah didistribute masa meeting aritu.
So apa lagi. Let's get started!

Tuesday, November 9, 2010

Crabbing Part 2

Seminggu kemudian, 4/11/2010 bersamaan dgn hari Khamis, kita org pegi lagi mengetam, kali ni dgn rombongan jiran2 Al Khor pulak. Yg 1st time tu ngan member2 kat Doha. Yg sebetulnye kaum bapak2 yg over xcited sbb pegi je mesti dpt byk ketam. Satisfaction katanya....walaupun ketam yg dijual kat pasar tu pun majoritinya masih hidup dan harganya x de lah mahal pon....Yg kaum ibu pulak x delah xcited sgt, cuma happy nak picnic ramai2 kat tepi pantai yg nuuuuuuuun jauhnye tu.
Menu malam tu nasi lemak still mempunyai demand yg tinggi. Aku bwk karipap pusing. Tu pun kapla sudah pusing sbb kelam kabut. Memula x decide nak pegi, karipap tu just stand by je. Lagipun kalau x habis blh buat frozen. Tetiba ada membe offer transport so confirm la nak pegi. Apa lg, gear 2 tu kenalah tukar gear 5 plak!
Rombongan yg pegi memula 5 keta. Rupanye on the way ada tmbahn plak so jadinya 6 keta tp dia org suma x de family. Sampai je letak brg, psg lampu, bentang tikar, dia org yg xcited tu terus je menuju ke destinasi msg2 termasuk la abg, haziq & azra. Aku nak gek turun tp biasalah Ammar. Kang penat je aku nak dukung2 dia.
Sejam kemudian dia org pun balik ke pangkal jalan...dgn membawa buah tgn masing2. Abg dpt 1/2 baldi. Alhamdulillah..tp....apa aku nak buat dgn ketam2 ni plak. Nak bg kwn2, suma pun gi crabbing. Nak tak nak kena la simpan gak. Penuhlah peti ais ku...
Pukul 12 kemas siap & balik la apa lg! Lgpun angin sejuk tu mencengkam2 ke tulang.

Monday, November 8, 2010

Cooking time....




Mlm tadi dah bertungkus-lumus tangkap ketam, pagi ni bertungkus-lumus la plak memasak. Menu pilihan: Stuffed crab with lemon sauce. Nama dah menarik...mcm 5 star hotel! hihi
Pukul 8 pg dah start projek kukus ketam & mengeluarkan isinya pas tu baru leh masak. Kerja dilakukan secara berduet ye...korek punye korek isi ketam tu sampai lenguh la pinggang. Rupanya we've been sitting for 6 hours only doing that!
Dah sumbat, tibalah masa tuk memasaknye. Kukus balik 10 min.
Hasilnye....pergh! Sedappppp! Tapi penat mengatasi segala-galanye smpi x dapat menikmati keenakan ketam tu sepenuhnye. Tapi hatiku puas sebab sedap dan dapat bg kawan2 rasa....
Layannnzzzz gambar plak!

Crabbing time....




Entry yg dah berusia 3 minggu tapi malas dan tak cukup masa nak ngadap lappy dan mengupdate. Sibuk memanjang, dengan baju belum siap jahit, urusan rumahtangga dan segala-galanye. First time gi crabbing, rombongan yg melibatkan 5 buah family yg pun 1st time aku jumpa. Semua dari Colliseum. Difahamkan jugak rombongan ini juga yg akan berkonvoi utk trip holiday ke Doha & Abu Dhabi. I hope I can get along.
Bertolak dari rumah lepas maghrib. Actually dekat je ngan umah kita org tp cuma tak tau tempat. Lagipun pegi beramai-ramai sambil berpicnic tentu lebih menarik dan meriah! Dalam pukul 7:30 sampai ke destinasi. Ingatkan picnic tepi pantai tapi rupanya pantai dia nuuuuuuuuun jauh di sana. Yg ada cuma pasir dan rumput2. Ala...layan jelah...! Lagipun jumpa kwn baru mesti byk nak citer2. Semua ok...Masing2 bwk juadah yg dah diberikan tugas. Aku bwk sambal ikan bilis je. Mlm tu menu nasi lemak. Kena lak ngan kopi o & teh o panas di tgh2 kesejukan malam....pergh...!
Rombongan yg ke pantai termasuk la abg & anak2ku. Aku nak gak turun tapi Ammar ni susah sket, x mo tinggal so lupakan jelah hasrat tu ye...
lepas sejam semua dah balik dgn membawa hasil tangkapan masing2. Byk tuh....! Apa aku nak masak ni? Mcm x muat je peti ais kat umah. Jawabnye....bebawak le bersedekah ye....kul 11:30 kemas2 & balik. Sejuk ke tulang! x leh tahan wo.....

Thursday, October 21, 2010

Sunday, October 17, 2010

School starts...

Sunday morning, 2 days after we returned from holiday, the kids is going back to school. Memula kata aku x yah anta, they'll take a walk with friend tapi bila pagi suddenly mintak anta. Aku dah ok skit demam tp klu x ok pun okkan jugak la. Kesian pulak abg ngan bdk2 nak mkn.
Pukul 6:30 aku pun hanta, semangat tu. Kena tggu lg 1/2 hr sebab staff suma dtg kul 7. Si Haziq dah muka gabra dah. Tetiba jumpa 2 girls which we met at the airport on fri tu. Kakak dia yr 12 & adik dia yr 7 tp lebih besar & tggi dr haziq. Camane ni...? Dia org dtg sendiri je, x pun mum/dad yg anta. Uruskan kat counter pun sendiri je. Bila la anak2 aku nak be independant mcm tu.
Dah settlekan haziq dgn class & timetable dia, sib baik ada budak tu 1 class ngan dia so dia la bwk haziq msk kelas. Aku pun kuar, nak anta azra plak. Tah apa malang nasib, masa melangkah nak turun tangga tetiba terpijak kain & terjatuh aku kat tangga tu! Adusss...! X penah aku jatuh tangga, dah kepala setting pun x betul lg. Sakit pinggang plak tu! Seb baik aku x peggy, klu x....
Anta azra, ingat ok. Time recptionist srh dia naik kelas, buat muka nak nangis jugak. Sudah! Last2 ada jgk bdk dtg lambat, blh tunjuk kelas kat dia. padahal dah pernah sekolah kat situ, bknnya x penah.
Nak balik cepat....x tahan dah pinggangku....

Time to start a new year

8/10 pukul 11:30 mlm waktu Qatar, kami selamat sampai. Holiday horey horey dah habis so sekarang time utk kerja dan SEKOLAH!!! Aku harap budak2 ni ok nak pegi sekolah setelah hampir 3 bln bercuti. Risau jugak ni, lagipun dah 3 mggu sekolah bukak.
Aku pulak ada masalah. Actually semlm pagi bila bgn satu badan dah sakit & hidung pun rasa semacam je. Aik! 5 minggu punye penat baru terasa hari ni. Yelah, selalu bgn pagi ada je plan nak jln2, tetiba ari ni dah kena balik. Sampai petang nak naik flight ok lagi. Tetiba dah dok dlm flight sakit hidung pulak! Agaknya carpet dia dah lama x cuci kot. Habuk byk pas tu kerusi sempit. Pendek kata tak selesa lah! Harap2 ok lah journey kali ni.
Dah half of the journey, Ammar pun tido. Selalu dia akan tidur nyenyak tapi kali ni asyik bgn & merengek je. Dia pun x selesa lah tu. Jgn nangis sudey...kepala aku pun dah weng weng dah ni!
Setelah sampai ke Doha & lps melalui proses2 kat airport, kita org pun naik cab to Al Khor. Sampai umah terus boom boom gedeboom! Dah x ingat apa dah!
Sok paginye, confirmed aku demam! Lama aku x demam, kali ni mcm teruk je. Mmg x larat nak bgn. Kemas rumah pun abg yg buat. Seb baik la abg x sakit, klu x mmg susah!

Thursday, September 30, 2010

Syawal kedua




Hari ni giliran rumahku pula...adik-beradik semua berkumpul. Yg buat kecohnya spt biasalah, tentu budak2 ni ditmbh pula dgn anak2 buahku. Riuh-rendah rumah! Selain asyik menjamu selera, sessi bergambar pun mengundang kekecohan yang bole dikatakan dahsyat la jugak. Semua mak2 jd tarzan tp anak tetap buat kecoh dia org jugak!
Selesai sessi gmbr2 semua berangkat balik ke tg karang melawat sedara belah sana plak tp sedara sblh arwah abah x de kesempatan sebab sorang anak buahku demam panas & muntah2. So lepas rumah cik salim terus balik.
Perut dah sendat, kain dah ketat, mata pun dah x boleh angkat. Berapa kilo la nanti berat aku naik nih...! Balik Al Khor kena xcercise nih! ye ke....//!!!???;;;;

Monday, September 27, 2010

Dipagi syawal


Tahun ni turn pagi raya di T.Gong. Semalam sesudah selesai acara masak-memasak dan selepas majlis berbuka puasa beramai-ramai di umah mak aku, kita org pun bertolak balik ke t. Gong yang x berapa jauhnya tu dgn membawa juadah tadi sebagai buah tangan. Tahun ni semua ipar & biras beraya di umah ibu mertuaku so meriah lah. Lagipun dengan kehadiran cucu2nya yg mmg sentiasa riuh-rendah & juga baby baru;;;
Mak belum start masak lagi tp diriku tak terdaya nak tolong sebab biasa dia akan masak time2 org tido. Begitu juga dgn birasku yg lain.
Esoknya bgn pagi juadah mak 3/4 dah siap. Siap dgn ketupat palas & lepat lg. Yelah, fav abgku...Lepas smbhyg raya kita semua pun mkn. Mmg balas dendam nih! Then bermaaf-maafan.
Lepas tu jalan raya ke umah sebelah2. Pukul 3+ baru kuar gi umah ayah then umah mak aku pulak. Sampai umah mak pulak dipenuhi dgn sedara-mara sbb thn ni nenek beraya di umah mak.
Tapi aku notice semenjak 2 menjak ni penerimaan sedara pd kami lain sket. Mungkin keje kat oversea tu org baru nak pandang up sket kot. I wonder why...

Wednesday, September 22, 2010

Preraya preparation


Seperti tahun2 sblmnya, satu hari sblm raya adalah hari masak-memasak. Memang meriah sebab semua ada tugas memasing. Yg keje pun amik cuti apalagi kita org yg mmg bercuti pjg thn ni. Lagipun abgku lah org kuat kat dapur, utk angkat2 periuk & dapur. Tugas rebus ketupat pon abg jugak. Kalau kita org x balik raya thn ni, adik iparku lah yg akan take over.
Menu raya tahun ni: KETUPAT....lawan dgn RENDANG KERANG ( dah jadi menu wajib utk raya sbb permintaan tinggi), RENDANG DAGING, KUAH LODEH, SAMBAL KACANG & AYAM KAMPUNG MASAK LEMAK CILI API. Fuh...! mmg meriah!
Siap masak dalam pukul 5 ptg. Get ready tuk buka puasa plak. Makan la apa yg dimasak tadi...x sabo dah ni!

Thursday, September 9, 2010

Esok hari raya....!

Setelah bertungkus-lumus selama seminggu menjelajah tempat2 shopping maka kini tibalah masa yg dinanti-nantikan....
Biasala, tetiap tahun, sehari seblm raya ialah hari masak-memasak. Kita org masak kat umah mak aku sbb kalau masak kat umah sendiri tak meriah. Juadah yg nak dimasak bermcm-mcm...rendang kerang, rendang daging, kuah kacang, sayur lodeh & ayam msk lemak cili api. Of course dimkn dengan ketupat, aku ngan abgku yg anyam tau....adanku
Itupun pukul 6+ baru settle, semua dah lembik, kepenatan...
Time berbuka balas dendam la...ditmbh pulak dgn lemang yg dibeli oleh adik iparku. Perghhh!! Bisa bertmbh berat badanku ini nanti!
Lepas maghrib, bersiap utk pegi ke rumah my MIL sbb thn ni turn rumah abang. Mata aku dah berat nih...layan mata dulu ar!

Sunday, September 5, 2010

Shopping Day has started!

Sunday, wpun suma bgn dah kul 11. Jetlag lg wo...! Plan tetap diteruskan. Mak pun ikut, saja nak jln katanya. We all went to PKNS & SACC je. Nak gi Jln TAR mls, mesti mcm sardin cap ayam punye.
Sekali pegi S alam pun sardin jugak! Tapi teruskan jugak. Baju suma dah settle, tggl kasut, kamera & perhiasan wanita haha Lama tul aku x buat keje yg satu ni!
Shopping punye shopping dari kul 1 - 5! Esok sambung lagi...
Berbuka umah mak TG. Pun meriah jugak, lg2 ada baby baru....
Mlm wpun dah kul 12 semua x leh tido. Masa taip ni kul 11:20 pg, belum bgn lg!
huish...!

Kini tiba masanya.....

Balik raya!! Semua xcited gila dari lepas sahur. Ammar dah tau nak naik flight, asyik la merengek. Hari ni kemas2 rumah & final kemas luggage. Tak masak coz ada jemputan buka kat umah cousinku.
Petang kul 5:30 dah keluar. Buka, solat maghrib & isyak, keluar pegi airport. Dah check in online so x de la rushing sgt.Gi A&W, bdk2 ni nak float. Beli 3 float + sepinggan nugget & fries kena byr QR82! OMG...! X tau nak ckp apa. Bayo jelah. Tggu sket nye lama, smpi ngantux...
Kul 1:30 msk tggu bus nak gi naik flight. Finally...So cam biasalah. Nasib baik dia tya weather fasting ke x. Itupun cuma sandwich je dia bg. Tapi ramai yg x puasa, arabian ler. Bdk2 ni pun terpedaya gak bila dia serve bfast. Aku tapau jelah blk umah.
Kami dijemput leh adik iparku. Sampai umah, bila salam mak dia terus nangis pas tu peluk aku kuat2. Ni klu aku x blk raya ni sure nangis je dia kot! Rumah mak suddenly bertukar riuh-rendah! Mak pun happy je muka dia. Mesti dia kesunyian setelah pemergian abah, teman suka-dukanya..I can't imagine klu abg pegi...
Lepas buka, sessi bg hadiah. Everyone seems happy. Alhamdulillah....aku pun happy ngan Coach aku!
Mlm tido awal coz ngantuk sgt...
Esok sambung lagi....must be a lot of xciting things to come!

Sunday, August 29, 2010

Nak balik raya....!!!!!......

Hari ni dah Isnin, tiket utk balik Jumaat pukul 2 pg. Cuti abg dah approved semalam tapi ada lagi satu kerisauan, exit permit nak kena apply. Kalau ikutkan 2 hari dah boleh settle tapi mengenangkan cara kerja dia org kat sini....huuu ngeri nak teman nak mikionye! Lambat bebenor, kena ketuk baru nak jalan. Packing dah 50% tapi belum ada full mood nak sambung sbbkan mende ni.
Pagi ni abg gi kerja dgn harapan bos dia cepat settlekan hal permit tu. Kalau lambat camane yek....Takkan aku nak balik dulu ngan budak-budak. Aku pun takut gak, belum ada xperience terbang sorang wpun anak2 ada sekali. Lagipun tak best ar....nak abg ada jgk! Lagi satu option, tukar date ticket la tp kena spnd lg 2 ribu. Uishhh...xkan nak spend nearly 5k tuk tukar tiket je! Klu shopping byk mende dapat tu. Ya Allah...lancarkanlah perjalanan percutian kami sekeluarga ini...jgnla timbul sebarang masalah. amin...

Monday, August 23, 2010

My 1st LV.....& more to come


Birthday gift....abgku tanya nak apa..? So skrg ni in my mind cuma handbag & purse. Handbag dah import from US, Coach ler. Jadi tinggal purse yg belum...So i decided nak beli LV la. Tak dapat bag, dpt purse pun jadi ler.
Lepas buka semalam pegi la Villagio, hari Sabtu tgh dah pegi tp rupenye kedai suma tutup kul 2, bkk balik kul 8 mlm. Gitu ghopenye...
Masuk je boutique tu, we were welcomed by the staff. Ok je dia org layan, x mcm spekulasi yg ku dengar. So aku pun pilih, kejap je sbb dah ada in my mind what I want. Harga....mmg x tercapai dek akal tapi aku puas hati & the most important thing is the brand satisfaction and of course long lasting. Tidur pun senyum....raya sakan!

Iftar @ Applebee's

Hari Jumaat, nak start shopping souvenirs tuk bwk balik. So we decided buka puasa kat luar, nak gi Applebee's kat City Center then nak pegi beli baju raya utk bdk2. Nanti tak payah beli kat KL lagi, takut x sempat. Byk no programnye! Ada nanti tak cukup baju raya plak.
Ni first time mkn kat sini, best gak! Bolehla layan...sampai sendat perut memasing! Alhamdulillah....next time leh try Fridays lak.
Dah lepas mkn, projek shopping pun bermula. Dekat 1 trolley baju. Ni kalau x cukup gak, x tau ler teman....Dah! shopping baju raya dah abes!
Dah lepas sembahyang gi Souq Wakif lak. Nak cari abaya, kacang2 & apa2 yang patut. Jalan punye jalan, beli punya beli...last2 sampai kul 12 tgh mlm! Souq pun dah nak tutup. Tak pe la, at least boleh settle mlm ni. Ramai gak yg shopping esp abaya & kacang coz nak bwk blk msia.
Dah penat semua...balik. Odw beli nasi beriani for sahur. Sampai umah kul 2 pg, terus sahur & kaboommmm!

Friday, August 20, 2010

CUTI RAYA!!!!

Pada puasa kedua, balik je abgku dari kerja terus menyuarakan pendapatnya tentang balik raya. Semuanya kerana kwn2 tgh counting days to go back, pas tu mengenangkan kalau proceed cuti bln 10, bdk2 ni akan x attend school for 1 mth. Kalau balik raya cuma cuti 2 mggu je. Lagipun Oct abgku ada kerja urgent kat office. So we decided to change our ticket to 3/9, that means a week before raya. Ni kalau bagitau mak ni mesti dia happy giler nih! Simpan dulu till dah dapat tiket balik. Finally we got our tickets for 3/9 kul 2 am waktu Qatar. Ok la tu. Dah confirm, aku bgtau my sis, waaa....happynye dia!
Alamak...! Raya//??? Baju raya tak de lagi!!! Nampaknye kena la shopping last minute ni! Baju melayu abgku pun kena beli gak. Nasib baik baju budak-budak dah siap.
Hmmm....I thought nak beli baju warna maroon2, abgku as well. Bolehla dipadankan dgn Coach baru warna maroon ku itew....hehehe
Tak sabar rasanye....mak pun my sis kata excited sungguh! Siap nak tambah beli kuih raya. Mulalah terbayang segala jenis rendang & ketupat! Sabar...sabar...

Setelah beberapa lama....

Lama tak jengah rumahku yg satu ini kerana sibuk berperang dgn mesin jahit & jarum peniti segala lantaran mahu menyiapkan tempahan baju kurung yg tak seberapa byknya tu. Belum sempat pun mengucapkan selamat berpuasa kepada semua, semoga ramadan kali ini dpt dilakukan dgn sempurna dan mendapat keberkatannya. Dtgnya ramadan kali ini bermakna telah setahun perginya abahku dijemput Ilahi. Semoga abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al-Fatihah...
Hari ni dah 10 hari umat islam berpuasa. Puas la jugak aku memasak pelbagai juadah, ringan & berat untuk berbuka puasa. Cuma tak sempat untuk snap gambar, kalau tak dah byk entry. Baru hari ni dah free sbb jahit dah habis....yeeha!!!!

Thursday, July 29, 2010

Pau la pulok...


Ni abgku punye request. Pau kacang merah. Actually tak pernah pun buat inti kacang merah ni tapi since abg dah mintak so kena la cari caranya. Ayah inti kacang, anak2 plak inti kaya. Seb baik aku dah boleh wat seri kaya...uishh! suma main wat senirik je skrg nih! Bangga la dgn diriku sendiri...hihi masuk bakul le!

Bahan utk dough:

400gm tepung gandum

1 packet yis

1 sudu kecil baking powder

1/2 sd kecil garam

30gm gula

sedikit air ( agak2)


Cara2nya

Campurkan semua bahan. Mesin jadi dough dan simpan utk 45 min.

Bila dah naik, tumbuk2 dough dan bulat-bulatkan.

Susun dlm tray steamer dan biarkan selama 20 min sebelum dikukus selama 15 min.

Homemade laksa


Kelmarin, rasa rajin sket & rasa boring jugak tetiap ari nasi je. Ada ikan kembung besar 3 ekor, ada daun kesum..jengjengjeng...try wat laksa la plak. Bukan apa. klu bulan pose, we all 1 family mesti nak cari laksa. Klu gi bazar ramadhan kat mana2 pun mesti cari laksa. Kat sini mana la nak cari . Klu dah blh wat x de lah we all kempunan nanti. Semangat nih..!

Bhn utk mee laksa:

2 cwn tepung gandum

2 cwn tepung beras

sedikit tepung ubi

sedikit air panas

sedikit air sejuk


Campurkan semua, air tu agak2 tepung tu kental.

didihkan air, tekan dough dgn acuan muruku

masak hingga timbul, rendamkan dln air sejuk & toskan.


Bhn utk kuah

isi ikan kembung / sardin

10 biji bawang merah

3 biji bawang putih

2 cm belacan

3 keping asam gelugur

3 sudu besar cili giling

daun kesum

garam & gula


Masak di dalam periuk dalam 1/2 jam. Kemudian bolehlah ditambah dgn hirisan timun, telur rebus, nenas dan cili padi.

Sunday, July 25, 2010

APAM RESEPI MAK


Semalam petang tak tau nak wat kuih apa. Tetiba teringat ada tapai nasi kat dlm peti ais, bhn lain pun ada so buat apam beras lah. Lagipun semalam ada beli acu baru, yg bulat so xcited la nak wat! Resepi ni dapat dari mak. Dulu x de la rajin sangat nak masak mcm2, suma beli je ataupun mntak mak yang buat, mak buat kan lebih sedap dari sendiri buat...(sebenarnya malas yg lebih!) Bahan2nya senang je....


Tepung beras 500g

Tapai nasi 1 1/2 cwn

Gula 1 1/2 cwn

Air 3 3/4 cwn

2 sudu teh Eno warna biru


Cara2nya:

Masukkan tepung, tapai, gula dan air dlm blender.

Blender sampai hancur.

Mskkan dalam bekas dan biar selama 4 jam

Dah naik, letak Eno.

Panaskan kukusan dan kukus selama 15 min.

BIRTHDAY WISH

22 JULY....kini tiada lagi ucapan happy birthday utkmu abah...Cuma Al-Fatihah mengiringi setiap hujung solat anak2 dan isterimu, mendoakan semoga rohmu tenang dn damai di sisi Allah yang maha Esa. Setahun sudah pemergianmu dijemput Allah, setahun juga ingatan terhadapmu tidak pernah padam dari minda dan hati kami. Masih terbayang2 wajah tenangmu di mata kami dan suaramu di pendengaran kami. Sesungguhnya kami semua sangat merinduimu abah...Al-Fatihah...

Weekend yang hangat.....

Friday macam biasa, rutin hujung minggu. Mmg tak de plan nak keluar pun so dok umah je, masak, lunch ( ari ni masak nasi bukhari ayam, resepi amik dari dapur kak ummi), kuih apam gula melaka for tea, pas tu menjahit sikit and rehat....! Tgh berehat2 depan tv, azra sebut lak nak pegi swimming so we decided to go to Al-Dakira. Happy la budak2 tu...Btw, b4 that, onw blk pasar, abg ada ckp mood nak buat assignment dia dah ilang, x tau gi mana. I think I know why, aku pun tanya la. It seems tekaanku benar belaka. What should I feel....how should I react....abg, if u ever know how I feel for u....all these years....how I feel so unsecure...no one ever know how I feel inside coz i've got no one to talk bout this xcept just keep it in myself. I've lost my best friend which I used to have last time, which we trusted in each other so much. Now she already far far away from me....Arghhhhh! Jiwa kacau!! Aku boring la klu nak deal ngan emo prob nih! I had enough of that 4 years ago, probs which I created myself and dumped me in horrible situation! If I ever can turn back the time.....semoga Allah mengampuni dosa org2 yang bertaubat....Good luck to you Faezah! So that's the end of this friday! I forgave but I can't forget...maybe same goes to you, abg.

Tuesday, July 20, 2010

PROJECT KURMA

Pagi Selasa, lepas abg gi keje, cam bese ar, gi kebun....kat farmville hihi & baca newspaper skali! Pas tu abg cal, tanya pasal kete waja then dia kata klu nak kurma pegi kat nursery yg dkt ngan umah kita org ni sbb dia org kumpulkan kat situ. Aku pun gi le survey2. Mmg ada pun tp byk buah yg dah x cntk. X pe ar, sbb abg nak aku pun amik jgk lagipun nasib baik ada yg merah. Abg pun tak penah lagi rasa yang merah, org kata lebih sedap. Dah tu membe dia pun ada gak yang teringin so x pe lah. Ni klu msk gambar ni mesti ramai kat msia yg teringin tp apakan daya...layanzzz jelah gamba.

Sunday, July 18, 2010

SUNNY SUNDAY

Pagi bangun fenin lalat sket sbb mlm tadi tido lambat. Abg pun tido lmbt sebab dia layanzzz hero. Tu half2 la tu, tgk smbil tido. Finally betul2 masuk tido kul 1.30 pg. Neb bek tak terlajak. Sempat gak aku masak roti nan ngan kari ayam for bfast tp pepagi x sempat la plak nak amik gambo paste kat sini. Ari ni aktiviti keje umah berjalan dgn lembap sket la sbb dah fenin tu kan. Abg mesti lg pening, dia sure tensionkan pasal assignment dia tu tp cuma x cite byk2 je. Semangat dia terbang tak tau ke mana...X pe bang...u sure can do it!! Namun begitu sempat jgk aku cuci toilet yg x smpat aku buat last week. Masak lunch & dinner pun simple je, ikan bawal stim halia. Klu rajin bolehlah pastekan nanti.

Saturday, July 17, 2010

Weekend mode....

Saturday=lazy day. Biasa la, aku ni bukan boleh tgk muka abg manis tu kat umah, mesti nak ajak kuar. Klu x dapat shopping, kat window pun jadi la tp selalunya kata nak tgk kat window je tp siap msk smpi ke pintu belakang lagi! hih klu dah msk kedai tu paham2 jelah lg2 time ngah sale ni. Cadang2 nak gi City Centre nak beli Body Shop nye shower gel je, last2 hmmm seplastik beso baju + 6 botol shower gel aku bwk balik! haha ! Sape nak jawab....sendri punya wallet la!
Actually ada lg satu tmpt shopping kita org nak gi, Rawnaq tp jd lebai malang coz sampai sana kol 3, jln lengang je...nape yek? Jln punye jln...upenya suma tutup cek...! Bkk balik kul 4:30 daaa...mana la tau sbb selalunya time camni kita org kat dlm shppg complex. So x jd kononnye nak cari sikat...alasan la tu...slamat la wallet aku kali ni...
Kedai suma tutup...so apa tunggu lg, balik ler....!

Friday, July 16, 2010

Homemade birthday cake


Hari ni jumaat, abgku cuti tp no plan to go out today, maybe 2morrow. Pg gi pasar & shopping brg dapur as usual. Masak simple jer coz pg dah bfast pulut kukus lawan ngan ikan masin & smbl ikan bilis. Fuhh! berpeluh mkn wpun kat dalam aircond! Yelah, lama pun x buat dish tu. Lepas mkn, dtg la malasnye tu so movie time! We watched Avatar smpi aku tetido2 hihi

Dah bgn tido...td dah kuarkan bhn nak buat kek choc kukus & topping tu. Memula malas gak tp fikir2 teringin nak wat, jd ke tak so proceed je. Resepi ni aku amik dr dapur kak ummi, tgk cntk & sedap, tu yg terpanggil nak wat tu dan taraaaaa....this is the outcome. So kat bwh ni disertakan resepi tu:

Bahan2nya:

1 cwn gula
1 cwn cocoa powder
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak
1/2 cwn susu manis
1 1/4 cwn tpg gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicar
3 biji telur

Cara2nya:
Campurkan koko, susu cair, susu manis, myk masak dan gula dlm periuk.
Kacau dgn api perlahan sehingga sebati.
Tepung, baking powder & soda bicar diayak.
Pukul telur hingga kembang dan mskkan ke dalam adunan koko
Mskkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Mskkan adunan ke dlm loyang ( 1/2 ) dan tutup dgn aluminium foil.
Kukus selama 1 1/2 jam.
Bhn utk topping:
250gm cooking choc ( cairkan dgn double boiling method)
1 sudu bsr marjerin / butter
130ml double cream / whipping cream
gula halus sikit / susu manis

Cara2:
Cairkan coklat, angkat dan mskkan bhn2 lain & kacau sebati.
Sapukan ke atas kek setelah sejuk.

Dah boleh makan....!

Wednesday, July 14, 2010

Panggilan misteri.....

Jam menunjukkan pukul 7:30 pg. Aku cam biasa, kat depan pc, tgk nwspaper & 'berkebun' hehe Tetiba hp abg berbunyik, tgk nama...mmg ku kenal tp klu kat msia pun dia org ni jarang nak calling2 kecuali klu ada hal penting. Tp sebab dia cal no msia x de la aku angkat, kang bape lak kena charge. So aku try cal mak coz anything berlaku mesti mak dpt tau dulu. Cal mak plak x dapat so keep trying. Ati berdebar2 jgk, yelah, dah dekat2 nak pose ni selalunya byk incident. Last2 dpt gak ckp ngan mak. Mak kata x de plak dat party cal ckp apa2. Aku try cal dat caller lg tp x nak angkat plak so aku assume nothing serious la. Klu x mesti dia cal lg or sms. Salah tekan kot....

Monday, July 12, 2010

Tok..tok..tok


Lamanye tak jenguk rumahku yang satu ni....apa nak tulis yek..? Actually byk events tapi bila dah jauh tinggal terus tak de mood. Lepas Azra nye prompt nite tu tak de la event yang penting sgt pun. Lagipun dah nak cuti, biasa la request dishes nak bwk gi party kat sekolah. Asyikla membuat cup cake keje aku, dah itu yang direquest dek dia org. X pe, blh jadi xpert buat cuppies plak. Drpd asyik mee hoon, mee, kue tiaw. Skrg we go international la plak!

Dah tu skrg ni dah 2 mggu cuti sekolah. Bdk2 ni kat umah asyik la main game, tu pun pg-pg srh belajar dulu, klu tak alamat smpi ke mlm le jwbnye. Heran aku, x pening ke? Aku yg nengok ni yg pening. Ingat nak anta gi Summer Camp la, ada la jugak xtvt dia.

Pas tu sibuk bershopping la plak, ni kan tgh summer sale! Gila-gila nye sale! Aku pun beli la baju2 utk anak2 buah ku bila blk msia nant. So yang tinggal cuma beli abaya, t-shirt etc utk mak2 & bpk2. Itu kita pegi Souq Wakif ar...

Tuesday, June 15, 2010

Azra's Yr 4 Production Prompt Nite

14/6, Yr 4 Production Nite so Azra involved. Memula datang bila dia orang cakap pasal production blur jugak...amende la...ruppe-rupenye student buat show based on the topic given. Actually dia org study this topic throughout the year and this production shows what they have learnt. A week before start practice for it, Azra biasa la excited dia mmg selalu over the limitnye. Ari-ari dok cite pasal mende ni, iyakan jelah...Aku pun xcited gak nak tgk performance dia org.
So the day has come...aku pun gi la ngan Haziq coz dlm surat dia kata no small brother please so Ammar mana nak letak. Abg kata tak pe, dia jaga. Mana tau, upenya ramai yg bwk anak kecik, smaller than ammar pun ada. Ni mesti kes sama cam aku lah nih. The performances was enjoyable, azra muka malu-malu. Byk gak amik gmbr dgn camera yang tak berapa nak canggih tu berbanding dgn ramai yg bwk lense 10 kaki nye tu. Anyway, blh amik gambar sudah, klu camera ribu-riban tapi x pandai adjust x guna gak! Setakat action jer apa barang!

Thursday, June 10, 2010

Finally...aku dapat Qatar driving license!!!


Ari ni, 9/6/2010, seperti yang dirancang, aku ngan ina akan pergi berjumpa shiekh Abdullah Al-Thani utk apply for conversion of our driving license. Aku maleh la nak gi kelas2 nih, bknnye x tau nak drive, cuma kena belajar road law je. So pepagi kul 4.00 abg bwk gi jemput ina dulu pas tu gi kat office sheikh tu. Biasa abg kata dia msk ofis kul 5.30 so kena tggu dia sblm staff kat bwh tu dtg coz klu lmbt confirm dia x bg jumpa nye. Dah tu tersesat jln lak, jam dah kul 6. aku dah gabra dah. Harap2 semuanya berjln lancar, x putus2 aku berdoa. Lastly smpi gak kita org kat tmpt tu. Abg tgk keta sheikh tu x de lg, dia kata tunggu je kat lobby tu. So kita org duduk la. Tetiba ada satu chinese guy dtg, pun nak convrt jgk. Upernya dr Klg gak! Ada gak org kg kat sini. Dia keje IT kat QP. Pas tu dtg lak lg sorang pompuan, kwn dia gak, indonesian. Dah lama tunggu, recptnst dia suruh blk, dtg next time. Suke ati org la nak tggu! Kita punn kena ar kuar so balik ar, nak wat apa lg. Hampanye...
Naik keta, abg dah nak jln, yanti tu cal, dia kata sheikh dah dtg! alhamdullillah....so gi ar jumpa tp x dpt convrt pun. Dia srh wat direct test kat al rayyah driv school. Gi ar kat sana. Lepas melalui proses2 dia tu, tiba lah time nak signal test. Syukur aku leh jwb suma. Then dia ajak kuar, naik keta, gi msk parking! Ingatkan x yah wat parking tp nasib baik aku x de prob kat situ. Same as ina tp yanti fail sbb dia reverse masa nak masuk. Ingatkan tak yah dah gi on d road, upernya ada gak. Aku 1st. Memula ok ar pas tu tetiba, aku x perasan keta dah gi ketepi! Si tester tu membebel gak la. Dia srh ina lak drive, dah tu dia srh aku lg sekali. Dah gabra sket dah, jd lg, ketepi! Apa kena la ngan aku nih! Last2 dia ckp ina pass, aku fail. Sudah! Aku dah nak nangis dah, yelah nak dtg dahlah jauh. Bdk2 pun tuang skolah. Upenye dia main2 je, dah smpi ofis elok dia suma dia tick & sain, sama cam ina. ina kata dia kenyit mata kat ina. Alhamdullillah....yg penting dah pass. X yah aku nak gi test2 lg...lalala....

Monday, June 7, 2010

JALAN-JALAN, SHOPPING-SHOPPING

It's Saturday! Semalam whole day abang demam, sakit kepala so terbaring jela dia. Cian....Malam ada jemputan usrah tp aku tak gi coz x dok geng. Pagi tadi bangun, abang ajak kuar. Aku tak kisah klu tak kuar pun, takut demam dia tak ok gi tp dia kata dahh ok so aku lagi ler ok! Kuar terus heading to City Center. Dgrnye summer sale dah start. Jalan-jalan tetiba sampai kat cinema, tetiba ammar ternampak lak gambar shrek! Apa lagi....merengek jelah dia nak nengok shrek, nak nengok shrek. Abih...nampaknye plan kena tukar sket le. Beli ler teket. Punyalah terkujat harga dia, QAR140.00 for 1 movie! Penah la spend 100++ tuk teket movie tp we all dpt tgk 2 movie. Dah beli, nk wat camane. Anyway, tgk bdk2 ni enjoy jer. Ala...happykan anak, apa salahnye....
Dah spend 2 jam kat dlm tu, aktiviti shopping pun bermula. Memula gi kedai sports, tgk abg nye stuff. Tgk nye tgk mcm ada yg dia berkenan tapi aku kenal tul dah ngan laki aku ni, wpun dia berkenan tp klu harga mahal sket mula la bg alasan2. Camne aku nak jadi image consultant dia. Nak cantik kena bayar bang oi! X pe ar, invest sket, penat2 keje tp duit org lain yg enjoy watpe?
Dah tu gi optical shop lak, nak wat aku nye eye test tuk driving licence. Usha2 la sunglasses. Try punye try, gatal la plak nak beli. Kena lak jumpa yg berkenan di hati. Last2 terjebak gak aku ngan satu Dior nih. Harga dia QAR1900.00 tp dia bg 25% less so dlm 1400.00. Aku klu dah berkenan mmg aku sambar sbb kang aku x leh tido. Wpun ada org kata 1400.00 for a sunglasses is ridiculous tp for me it's worth wearing, thn lama. Lantak le org nak ckp, asalkan aku bahagia! pas ni leh la jadi ala-ala datin seri gitu! hihihi

BIRTHDAY BOY HAZIQ


Happy birthday haziq!!! Dah 11 thn anak sulung aku ni. Dat mean umur aku pun makin tambah ler! Tak pe, muda lagik..play and pray hard! Malam bawak dia gi dinner je. Dia kata nak makan pizza. Kat Al Khor manalah ada tempat yang grand...kira pizza tu ok la tu. Nak gi Doha ari keje nih, malam lak tu, ghontikan je lah! Klu nak makan lagi tunggu ler weekend. Tu nasib baik kita orang datang cepat, klu lambat sket, mak datuk! nepal, pinoy, bawang suma dah kuar. Terasa macam byk kuman jer bila dkt2 ngan dia orang ni. Birthday present...ari tu baru jer ayah dia belikan PSP, kira bday pesen lah tu. Mahal tu wo...900.00++! So big value for a kid tp sayang anak...nak wat camane. Lagipun klu hok tu yg xtak abiskan, hok mano lagi kan.

Thursday, June 3, 2010

HAZIQ'S FIRST COOKING CLASS


Semalam, balik je dari sekolah, Haziq terus kuarkan something dari beg dia. Taraaaa....dia kuarkan pizza! Dia kata ari ni ada cooking class so dia org kena masak pizza. Azra yang xcited lebih, dia lak lum join gi kelas masak nih. Menjadi lak tu pizza dia, kalah pizza yg ummi buat. Camni leh la suruh try kat umah. Silap-silap leh ajar ummi lak! hehheh Bagus gak sekolah ni, byk xperiment dia bg student buat. Internet pun byk gak kena guna so exposed lebih skit utk bdk2 ni. Jgn terlebih sudah...! Ummi nye xcited siap amik gambao pizza tu lagi. Yelah, boleh gak wat kenangan kan....

Wednesday, June 2, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA

Yabedabeduuu! Cuti abg tuk kita org blk kampung dah approve! School matter pun aku dah settlekan lgpun bln 10 dia org dah start sekolah 1 bln so shld be no prob klu nak gi holiday. exam pun x de time tu. Cuma taun ni raya x dpt la balik. Nyanyi la lagu dendang perantau kat sini...1st time rasa raya jauh dari family. Klu blk raya mcm semua kena rush je. Nak blk mst kena beli souvenirs, x kisah la cuma timing tu cam suntuk je. Lgpun abang blk nak wat lasik dia tu. Wah...nant leh la melaram pki sunglasses! Aku pun nak cari Gucci yg ku idam2kan , hrp2 ketemu yg berkenan di hati. Mak mesti sedihnye pagi raya tu sbb anak cucu dia dah kurang. Mak Tg pun mst sedih tp dia ada cucu baru sebagai pengganti anak2 aku. Ayah plak pun mst timing dia lain, selalu tunggu kita org blk umah dia baru dia balik Jeram. Taun ni x dpt la rasa dish ayam kmpg mak yg very de powerz tuh! Tetelan air liur lak ! So pas ni leh la nengok kalendar tuh ye...

Sunday, May 30, 2010

AMBIK ANGIN


Jumaat pagi biasa ler....petang lak tak de plan pun tapi dok umah suma mcm lemah nak tido je. Pukul 5 we decided to take the kids out tapi tak de la sampai Doha, cuma kat sini je. Niat nak survey2 RG nye Private Beach Club, dgrnye mmg best. So jalan punye jalan, sampai sesat ler, jumpa gek akhirnye. Kita org pun masuk la, tgk2 ramainye sdg bermandi-manda. Ni port baru nih! Cantik tempat dia, bersih lagipun kemudahan suma ada termsk surau so klu nak picnic smpi mlm pun x pe. Lagipun mlm lg ok coz time tu baru sejuk. BBQ pun best gak ni. Dah lama abg tak buat BBQ chic dia yg yumyum tu. Tu next planning k. So we spend the evening lepak kat situ jelah. Bdk2 ni memasing gatal je kaki nak msk air. jln kat tepi2 jelah coz ummi x bwk baju, yelah bkn ada planning nak mandi pun. Tu pun dah bsh suar msg2. Abg kata next Fri leh la bwk dia org gi beach ni. Masak2 skit, nak BBQ set nye lum beli lg.
Kesian tgk bdk2 ni nak mandi, lps maghrib pegi la kat Al Dhakira, nak mndi pool la. Sekalinye tutup for maintnance plak. So pegila Al Nakheel lak. Mandi la kat situ. The kids seems enjoying the night very much. Sblm blk lepak minum kopi...

STOK DAH SAMPAI..!!!!


Ari Khamis kul 3 ptg, stok brg2 yg dikirim dari msia dah sampai! Wah...happynye...lagi-lagi bila nengok recliner yg ditunggu-tunggu oleh kami sumer. Barang makanan pun tunggu gek. Lama tak makan beras Jasmine Super 5 tuh! Byk tul mak kirimkan brg semua. Overall kita org berpuas hati dgn perabut yg Ina&Wan pilihkan. Thx guyz! Abang plak balik keje terus try sofa tu & dan-dan tu gak bukak kotak2 tu, nak kemas. Aku ingat sok2 tp dia kata x sabo2 nak clearkan. Ya tak ye gak, sok dah weekend. xtvt lain la plak. Nanti mesti trbengkalai brg2 ni. Bdk2 ni pun apa lagi, suma pun try la duduk.
Makanan lak, 1st thing yg dia org mntk ialah...MAGGI! Happy tul nengok maggi tu, mcm melambai2 je suruh makan. 1 kotak lg, hambik ko! Tp x leh la nak mkn ari2, x bek tuk kesihatan. Kemas smpi maghrib gak baru setel. Nasib baik bwk skit jer, klu x kena drag la timing tu. so mlm tido happy jer....

Monday, May 24, 2010

SUAMIKU DENGAN PUJAAN HATINYA YG BARU


Semua orang ada impian...impian abang salah satunya nak pakai SUV which is my dream also. Sape tak nak keta besar & cantik. Kat Qatar ni abg temui idaman hatinye sbb harga masih boleh diterima akal lagik!So we decided to buy a Chevrolet Captiva. Wpun 2nd hand tp we all satisfied sbb condition keta tu mcm baru. Interior dia pun still baru, black kaler lg, as we wish. Abg pun masa dpt keta ni, time drive pun tersenyum puas hati jer...As long as u r happy, i'm happy too syg...
Dah dapat tu, tetiap ari dibeleknya member tu. Nasib baik keta...klu hok lain hmm....eish! syooooh..syooh...mintak dijauhkan dari masalah tu suma! Siap cek ada calar ke x pas tu siap beli feather duster lg tuh! hi..hi
As for my mum lak, bila we tnjk gambo keta ni, dia pun tumpang happy gek. Dia kata merasa gak aku pki keta beso...thx mak..ni pun berkat doa mak kat depan kaabah gak, nak tgk aku ngan abg idup senang & luv each other. Looking forward gak nak gi mekah..insyaallah dah dekat ni, akan sampai jugak jika diberi kesempatan oleh Allah..