WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Showing posts with label Misc. Show all posts
Showing posts with label Misc. Show all posts

Sunday, December 1, 2013

1day course

Sebok betul mokcix weekend ni...letih plak rasa...tapi kalau tak join rasa rugi pulak lagipun ni 1st time faez belajar.
Kali ni kita belajar cara-cara menguruskan jenazah pulak. Yelah...nak masuk 4 series ni kan...tak belajar dah office management. Huhu...
Course ni dari 8pg - 3ptg. Banyak ilmu yg baru tapi benda ni kena practise, baru expert. Kena pastikan betul, baru boleh buat. Tapi pada yg melakukan fardhu kifayah ni, besar pahalanya!
Kalau bukan utk orang lain, at least kita ada knowledge utk family sendiri.

Friday, October 25, 2013

Al Fatihah...

23/10/2013...Msia dikejutkan dgn berita kematian seorang pegawai bank yg ditembak oleh security guard bank itu sendiri. Al fatihah dan takziah utk keluarga Allahyarhamah Norazita...
Pengalaman 11 tahun sebagai frontliner aka teller di bank membuatkan rasa seriau! Alhamdulillah masa faez kerja dulu tak pernah ada kes macam ni. Tapi perasaan berjaga-jaga tu kena tetap ada sebab kita berurusan dgn duit orang lain. Bukan sikit malah ratusan ribu dlm masa 1 hari. Kalau kes staff security company yg diamanahkan oleh certain organisation utk bank in duit tp duit tu di bawak lari...itu kes biasa! Bila part duit ramai org gelap mata. Amanah dan rasa hormat boleh hilang sekelip mata!
Tak dpt nak bayangkan sedihnya keluarga mangsa. Innalillahiwainnailaihirojiun...semoga Allah merahmatimu...

Monday, July 22, 2013

Belated ramadhan

Assalamualaikum. . . hari ni dah 13 ramadhan, baru la ada peluang nak jengah rumah yg satu ni. Cik kiah baru pulang dari berkelana 2 minggu lepas. Cerita kelana tu akan menyusul kemudian.:-)
Sampai je rumah pada 8/7, rehat sehari & settlekan kain baju yg bak bukit bendera tu huhu
Esoknya terus check in dapo menyiapkan tempahan karipap yg tertangguh. Nak settlekan jugak secepat mungkin sebab lepas tu boleh berpuasa & beribadah dgn tenang kan...
Setelah bertungkus-lumus hampir setiap hari, akhirnya siap juga hari ni. Alhamdulillah...semoga semua customer tersyg berpuas hati. InsyaAllah lepas raya berjumpa lagi..;-)

Wednesday, June 12, 2013

Kembali semula···

Dimulakan dgn bismillah·····
Setelah berbulan menyepi, kini kembali· Dlm sepi-sepi tu byk sebenarnya yg terjadi dan insyaAllah akan terjadi dalam masa terdekat.
Salah satunya...alhamdulillah dgn rezeki dr Allah, oder karipap yg tak putus-putus dlm masa 2 bln ni dan masih ada lagi yg kena tangguh utk memberi laluan kpd,,,,,,tungguuuu kendian kita cite ek hehe

3 Jun pulak birthday anak terunaku, dah 14thn. Semoga anakanda Amirul Haziq menjadi anak yg soleh dan sentiasa ingat Allah juga berjaya dlm hidup, dunia dan akhirat. . Aamiin
Pd hari gembira tu jugak faez & mr hb dpt perkhabaran yg tak kami sangka! Andainya faez dpt berbicara dgn empunya badan····terlalu sedih dan kecewa bila difikirkan···Ya Allah kuatkanlah semangat kami utk mengharungi ujianmu yg ini····
Ok···sampai sini dulu, nnt got carried away susah
##nakamikmoodholidaydulu##

Sunday, March 10, 2013

Inti karipap express

Satu malam tu, masa BW, terbaca la blog ni  tapi dah lupa pulak link dia, cari-cari tak jumpa. Baca punye baca...terjumpa la satu post ni...inti karipap 15min! Really???!!! Ni kena cuba ni sebab yang lama nak tunggu tu ialah masak inti pas tu dapur pun punyelah selekah sebab merecik-recik.
Dia kata masak dalam rice cooker tapi jgn letak air sebab nanti kentang tu akan produce air. Ok lets try!
Semalam 1st trial, betul 15min and tak letak air tapi inti tu too dry.
Pagi ni 2nd try, letak air sket tapi lembik pulak. Bila button tu tukar kpd keep warm, kena alihkan ke dlm kuali utk keringkan sket lagi. Dalam 10min. Ok jugak....instead of 1.5hrs jadi 1/2hr! Byk masa jimat tu. Quality inti tu sama je dgn yg biasa pas tu yg penting tak penat sgt nak tenyeh dapo...**wink wink**
inti tgh mendidih
Tq kak....klu dah jumpa semula nnt sharekan link dia.

Monday, January 7, 2013

Tahun baru, semangat & harapan baru

Assalamualaikum 2013...walaupun dah 7 hari tapi masih awal lagi kalau nak wish kan. Hehe
2012 ditinggalkan dgn mostly kenangan manis, takde pun yg pahit. Semoga 2013 segala impian kami sekeluarga akan tercapai...tett...semoga Allah memperkenankan doa kami utk mengunjungi baitullah utk tahun ini. Semoga...semoga...dan semoga. Pjg list tu ;)
Ucapan cliche setiap tahun tapi biarlah list tu disimpan utk diri sendiri. Cuma harapan terbesar utk diri ini agar projek yg akan dtg ini dipermudahkanNya jalan utkku dan berjaya. Aamiin...marhaba 2013!

Wednesday, October 24, 2012

Panggilan haji tiba lagi

Tak sedar dah setahun berlalu...tahun lepas berangkat 28/10, tahun ni 16/10. Walaupun bermacam dugaan utk sahabat2 sebelum berangkat tapi jika Allah menghendakinya maka terjadilah jua. Majoritynya mendapat approval di minit-minit kecemasan. Ada yg belum beli barang keperluan walaupun esok dah nak bertolak. Semoga Allah memudahkan pula urusan mereka yg seterusnya yang semestinya lebih mencabar fizikal, mental dan iman.
Bila hantar kat mini Kelana Jaya kat AlKhor ni ( saje je pggl mini KJ sbb suasana kat situ sebijik mcm kat msia sbb suma org nangis2) hati kitorg pulak yg berdebar-debar. Suma feeling ada, over excited pun ada. Ku mohon padamu ya Allah, kurniakanlah kami rezeki utk tunaikan haji lagi selepas ini. Sesungguhnya rasa tak puas utk berada di arafah dan merasai lagi pengalaman pahit-manis ketika di sana. Aamiin...

Monday, October 15, 2012

Getting ready

Winter is just around the corner....so majority kengkawan dlm ni tgh sebok membeli2 & menyemai2 seeds. We all pun excited sama,  tu yg sanggup spend Qr200 just nak beli papan2. Kalau bwk gi Chilli's tu kenyang peyut...tp tak pe, this winter kita berbudi pada tanah pulak. Hopefully dpt la hasil yg baik...aamiin...
Lepas je blk dr carpenter shop tu hb dgn semangatnye terus ketang- ketung jd bob the builder! Seb baik neighbor sebelah tak komplen hihi
The next morning serahkan pd hang kebun settlekan. Gaul tanah ngan baja pas tu tanamkan sket petak2 tu supaya tanah nnt berkumpul je kat situ. Tak sabar nak tgk warna hijau....:-)



Saturday, October 13, 2012

Lesen 'P'

Setelah lebih 2 bln en hb berkecimpung dlm donia ikan-ikan ni, hari ni baru dikurniakan rezeki ikan besor....kurang sket la dr member2 otai tu. Jadilah...ikan tenggiri tu! Consider ikan yg sedap & mahal. Gumbiranya hati dia...


Saturday, July 7, 2012

Rezeki di pagi hari....alhamdulillah

Pukul 7 pagi dah dengar door bell berbunyi. Ingatkan tetamu mana la pepagi buta datang. Rupanya kwn mengail en hb. Nak ajak gi ngail mmg tak de harapan la sbb en hb dah gi keje, rupanya nak tanya, kitaorg mkn tak ikan talang? Memula dia kata nak lepaskan je sbb freezer dia pun dah penuh ngan ikan tp tetiba teringat kat hb yg belum lagi pass lesen memancing sbb lum dpt ikan besar so dia pun anta le. Huhu
Lum ada rezeki nak dpt ikan besar, sabarlah sayangku....😉

Thursday, July 5, 2012

Sand storming, bukan brain storming!


Rancangan nak keluar dari rumah tergendala gara-gara sand storm yg kuat. Kalau la diganti dengan hujan yg lebat, alangkah seronoknye....tak payah nak mop rumah yang dipenuhi dengan debu halus..huhu

Monday, May 28, 2012

Villagio terbakar pulak...!

Lebih kurang pukul 11am Villagio, mall yg kiranya paling cun kat Qatar ni terbakar tp part of je. Berita ni dlm pukul 3 ptg baru faez dpt tau, tu pun dorang suma sibuk post kat fb. Nak dgr news setakat dengo jelah, tu la, org srh belajar arabic x mo huhu
Tp yg sedihnya dari incident ni is 12 kids died. They were in a nursery named ' chimpanzee', x sempat diselamatkan. Sedihnya....mak & bpk mesti gi keje tu. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
Byk la spekulasi...ada yg kata fire alarm tak trigger, x de muster point, staff tak efficient, mcm2. Wallahua'lam...

Friday, May 25, 2012

Rombongan cek kiah ke souq

Sabtu, 19/5/2012, member kat community plan nak buat trip. Apalagi... xcited la cek kiah suma. Termasuk le aku 😁😁, sebenonya dah 2 bln x jalan2 kuar dari Al Khor sebab hb shutdown, keje 7 ari seminggu, 7pg-7mlm. Kata je blk 7 mlm tp ada 1 ari tu pukul 3 pagi baru balik! 😭 Sian cik abe...tido pun tak tentu arah. Expected 24/5 baru abes. Sabo..sket je lagi..
Yg pegi trip ni ada jugak hb yg volunteer jaga anak. Mummy's day off la kiranya. Faez bwk ammar je sbb haziq dia x layan gi souq2 ni, azra plak ada kelas. Ammar memula ok tp bila dah pkl 11, x ok dah sbbbb....dah cecah 46' tu! Arini plak temp tinggi camni. Sian dia tp we managed to overcome the situation. Bila dah naik bas, legaaaa...
Shoppingnya...masing2 x cukup tgn le, dah pegi kedai kain kan? Faez beli abaya for azra ngan kain untuk blouse je.
Odw balik pick up nasi bukhari yg dah pre order. Sampai Al Khor pukul 2.30. Seb baik dah beli nasi sbb sampai umah mmg sakit pale. Anyway, everybody enjoyed the day. Jun ni summer sale nak start so blh buat trip pegi mall pulak la...😊
:: muka memasing happy je kan..::

Tuesday, May 8, 2012

Sampai jugak...!

2nd time ni beli baju online. Ari tu beli postage within msia je tp thepoplook ni will go international. Tu yg terpedaya tu pas tu tgk charges dia pun bwh RM100, apalagi laju jelah memilih. Hopefully maxi2 ni seswai la ngan i.
Sekali dah bukak, maxi yg kaler itam tu mmg cun, spt dlm gambar. Suke..suke..suke tapi yg kaler purple tu ada getah kat pinggang, dah try muat tp tak sesuai pakai kat sini, blk msia baru blh pakai. Tapi kalau ikutkan kena pakai kat dlm umah je sbb menampakkan bentuk. Tak pe lah, pakai kat umah pun boleh. Kiranya kali ni ok la beli online ni, next time boleh beli lagi...:)

Tuesday, April 19, 2011

Sup ketam ubat demam

Hbku demam...penat driving tak abih lagi. Lagipun 1 mkn tak tido, ni dah 2 ari qada tido le.., Pagi tadi teringat sup ketam. Selalu klu demam dah 2-3 ari tak baik2, dpt sup ketam insyaAllah baik so aku pun gi le psr cari ketam. Sib baik fresh lagik. Nak masak dia simple je....

Bahan2nya:
Sekilo ketam
5 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
2 btg serai
Air
Garam
Bwg goreng & daun sup

Masukkan semua bhn dlm periuk
Biarkan sampai mendidih, letak garam
Padam api & taburkan bwg goreng & daun sup.

Thursday, April 7, 2011

Mencari keredhaanNya....

Assalammualaikum....hmmm setelah 3 minggu berteman setia dgn tepung dan kentang sbb nak siapkan tempahan karipap pusingku yg tgh hot di Al khor sekrg nih, cecewah,,,angkat bakul nampak...! Alhamdulillah...rezeki kurniaan Allah..dulu mak suruh buat malas, sekarang aku dah leh wat bisnes kuih, kat overseas lak tu! Tq mak!!! La ni bisnes cuti sampai school reopen sebab aku & family serta beberapa buah family member2 nak gi tunaikan umrah. Sessi beribadat pulak la kan. Asyik berjimba2 jek. Lagipun it's our 1st time. Excited ada, nervous pun ada. Doa kami semoga Allah permudahkan segalanya, perjalanan dan ibadat serta urusan segalanya dan semoga ibadat kami ini diterimaNya, InsyaAllah...
So tgh mlm ni agak2 kul 1 pg kitaorg akan bertolak dgn kereta selama 20 jam. Hrp2 hbku ok time driving. Nak tukar2 drive kat Saudi pompuan x leh drive plak. Aku pun kena tahan mata ni!
So kita tunggu pulak cite dari Mekah & Madinah ye! InsyaAllah...

Monday, February 28, 2011

Pagi yg stressss....




Mlm tadi rumahku menjadi nursery, for sure umah pun tunggang-terbalik. Sib baik sempat prepare bfast suma, sbb bgn pun dah lambat. Cooking chores dah settle. Titiba time mkn haziq lak nangis kata toothache, sakit nak mkn. I expect gigi lubang dia tu la. So new decision: 7am kena gi dentist sbb emergency time 7-8 lagipun he still has to go to school. Ammar pulak bgn lambat, mlm tadi kul 12 baru tido. Itupun satu kehanginan aku ngan hb mlm tadi. Dok main je, srh tido x heran2 tapi seb baik x buat drama dia pg ni.
Sampai clinic, doc cek lubang bsr, kena wat app other day dia nak kuarkan nerve & tggu heal sbb dah kena infection. All coz of not brushing properly. Within 1/2 hr settle, dia pun gi skolah. Anta si Ammar pulak. Ingatkan ok le, tak de la drama nangis2 lagi, rupenya....blk lagi kes dia ni. Last2 aku lepas je, malas nak layan. Teacher dia kata selalu happy je bila jumpa kwn. Kenapa la si ammar ni...
Lagi satu, mlm tadi tak tau bila dia kuarkan message book dia, tgk2 pg dah takde! Aku tanya mana, dia pun dah tak ingat. Saje je buat aku hangin pepagi ni....
Balik umah projek mengemas pun start. Ni baru pas mop segala. Petang ni ada final meeting for AKIS Msian Culture Nite pulok! Bz...mokcik bz...

Thursday, December 23, 2010

Settle satu hal

Ari ni pepagi lagi dah keluar pegi medical center, nak submit completed form utk health card application. Ya Allah...permudahkanlah pekerjaanku hari ini. Walaupun ada yg heran kenapa tidak abg aku yg kesana-sini nak uruskan mende ni tp aku bangga, at least tak de lah 100% rely on my hubby. Dia pun byk problem kat office, takkan la mende kecik ni pun aku nak bother dia. Lagipun boleh je bwk keta nak pegi mana-mana. Timba pengalaman sikit cuma language problem je sbb dia org x fasih english. Nampaknya aku pun kena belajar arabic ni, senang nak berurusan dgn org kerajaan. Kalau tak jadi ayam ngan kambing le.
Mood > Happy sebab dah settle satu kapla fening punya hal!

Sunday, December 19, 2010

Lagi satu kejayaan tercipta untukku



Wahaha....lihatlah dunia! Pokok toge ku yang merimbun dan bertimbun. Ni actually 3rd attempt, baru toge tu gundu sket! hehe rupanya selama ni x cukup air ropenye. Ni dah tau buat senang lah, x yah beli lagi. Lagipun gerenti bersih punya wpun x segumuk yg kat kedai. lalala

Wednesday, July 14, 2010

Panggilan misteri.....

Jam menunjukkan pukul 7:30 pg. Aku cam biasa, kat depan pc, tgk nwspaper & 'berkebun' hehe Tetiba hp abg berbunyik, tgk nama...mmg ku kenal tp klu kat msia pun dia org ni jarang nak calling2 kecuali klu ada hal penting. Tp sebab dia cal no msia x de la aku angkat, kang bape lak kena charge. So aku try cal mak coz anything berlaku mesti mak dpt tau dulu. Cal mak plak x dapat so keep trying. Ati berdebar2 jgk, yelah, dah dekat2 nak pose ni selalunya byk incident. Last2 dpt gak ckp ngan mak. Mak kata x de plak dat party cal ckp apa2. Aku try cal dat caller lg tp x nak angkat plak so aku assume nothing serious la. Klu x mesti dia cal lg or sms. Salah tekan kot....