Sausage roll...setelah memakannya di waktu jamuan makan di rumah jiran, ianya menjadi kegemaran Ammar, yg kalau dah start makan, tak boleh berenti. Hari ni buatkan untuk breakfast dia kerana dia tak layan laksa. Semalam petang, ada mee laksa lebih hari Selasa tapi kuah dah habis. Try buat kuah laksa kelantan. Pergh! Terangkat sbb ikan kembung yg fresh dan santan kelapa pun fresh. Dah jadi kuah laksa lemakku. Kalau ada laksam best nih! Tak dan nak amik gambar pun. Dimakan pulak dgn sambal belacan...mmg tak pandang belakang punye! Lepas ni boleh try buat laksa johor plak. Nak buat sausage roll ni senang ya amat.
Bahan-bahannya:
10 keping roti(dikukus)
10 btg sosej(dikukus)
putih telur(utk gamkan roti)
2 biji telur
Roti yg dah dikukus, dicanaikan bg nipis
Letak sosej kat tgh, gulung & gam dgn putih telur
Panaskan minyak
Celup roti ke dlm telur dan goreng hingga masak.