WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Saturday, April 23, 2011

Sambal udang petai


Dah 10 ari tinggalkan umah, peti ais pun mmg dah dikosongkan seblm pegi. Jadi nak masak pun terkulat2 la pikir. Lagipun kepala belum tune, still in holiday mood. Ari Sunday tu ajak la cik abe gi Doha nak beli sayur-mayur segala. Mana lagi, Shoprite arr! Tetiba teringin lak nak mkn sambal udang petai. Bukan suka sgt pun disebabkan baunya yg menusuk kalbu tu tapi sometimes teringat jugak.
Sampai je Shoprite, terus le serbu sayur dept. Eh eh ada lak petai ari ni. Dah lama tak de. Elok la tu, kena pada masanya.Sambar le! Resepinya mudah je...

Bhn2nya:
300g udang segar
petai ( ikut suka nak byk mana)
10 sudu cili kisar ( klu nak pedas lg sila tambah)
6 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
belacan ( optional)*
air asam jawa
gula
garam
minyak utk menumis
* blend kasar

Cara2nya
Panaskan minyak dgn api medium
tumiskan bhn kisar
bila layu, masukkan cili kering
masak sampai terbit minyak, lebih kurang 1/2 jam dgn api medium
pas tu masukkan udang & petai
bila udang dah hampir masak, mskkan garam, gula & air asam jawa
*gula lebih sket pun ok, nanti sambal manis2 masam. Perghh!

No comments:

Post a Comment