WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Wednesday, December 29, 2010

Sausage roll


Sausage roll...setelah memakannya di waktu jamuan makan di rumah jiran, ianya menjadi kegemaran Ammar, yg kalau dah start makan, tak boleh berenti. Hari ni buatkan untuk breakfast dia kerana dia tak layan laksa. Semalam petang, ada mee laksa lebih hari Selasa tapi kuah dah habis. Try buat kuah laksa kelantan. Pergh! Terangkat sbb ikan kembung yg fresh dan santan kelapa pun fresh. Dah jadi kuah laksa lemakku. Kalau ada laksam best nih! Tak dan nak amik gambar pun. Dimakan pulak dgn sambal belacan...mmg tak pandang belakang punye! Lepas ni boleh try buat laksa johor plak. Nak buat sausage roll ni senang ya amat.

Bahan-bahannya:
10 keping roti(dikukus)
10 btg sosej(dikukus)
putih telur(utk gamkan roti)
2 biji telur

Roti yg dah dikukus, dicanaikan bg nipis
Letak sosej kat tgh, gulung & gam dgn putih telur
Panaskan minyak
Celup roti ke dlm telur dan goreng hingga masak.

Nasi lemak daun pisang


Nasi lemak for breakfast. Makanan yg x pernah jemu dimakan, walaupun...faktor yg menggalakkan penternakan selulit di dalam badan. Pukul 4.30pg tu dah bgn nak prepare. Cuma sambal disponsored by, ada balance dari nasi lemak yg diberi jiran. Bukan malas, cuma tak nak membazir....finallay habis jugak sambal tu. Alhamdulillah...nasi lemak tu pun siap budak2 dpt mkn lunch lg sebelum pegi mengaji. Lagipun pg buzy sket, balik usrah dah pukul 10.30.

Cheese bun


Di petang Selasa yg dingin, dgn kerajinan yg menggunung aku pun menguli tepung utk membuat roti setelah mata terpukau dgn kegebuan cheese bun dr MamaFami Fotopages, TQ mama for the recipe! Walaupun lenguh tgn dan jari-jariku menguli tp hasilnye cukup memuaskan bila kuar dr oven je semua dah menunggu. Dalam 1/2 jam dah licin pinggan. Tak buat byk2 sebab utk testing...testing...kalau jadi lain kali buat lg ye anak-anak...

Bahan-bahannya:

230gm tepung (ku guna tpg gandum je, sbb x de tpg roti)
1 sudu kecil yis (rendam)
12g gula
1 sudu kecil garam
23g madu
1 kuning telur
35g butter/margerine
138ml fresh milk

Cara-cara
Campurkan semua bahan, uli.
Rehatkan selama 1 jam
Tumbuk2 dough & rehat lg 30 min
Bahagi kecil2, rehat 15min
Bentukkan dan isi filling, rehat 45min
Bakar 10 min, 210C.

Monday, December 27, 2010

My passion...my tension


Even though it's my passion but sometimes it makes me tensed up! Passion bila dpt siapkan baju utk family but tensed up bila baju org tak siap-siap. Yelah, kalau baju sendiri bolehlah free & easy tp bila kalau jahitkan utk org bila dia tanya bila nak siap & mengenangkan kalau-kalau tak sedap dipakai. Tapi since org suruh gak aku jahit, aku buatlah ikut yg aku belajar. So far suma ok cuma ada 2 baju je yg tak cantik jadinya. Mungkin time aku gunting kain tu jiwa kacau! Nalk memotong kain tu pun perlukan ketenangan & perut yg kenyang untuk mengelakkan berlaku kejadian yg tak diingini pada kain tu. Kain org tu wei! Kot mahal ke, mana aku nak ganti!
Semalam aku dah pegi ambik our family punya Qatar Health Card. Berjaya melakukannya sendiri! So settle satu hal. Pas ni jahit, jahit & jahit! Baju raya tak plan utk baju melayu pun. Kain baju kurung aku ngan azra dah ada. Tak de mood la nak raya, mungkin tak dapat balik raya thn depan. Tapi miracle happens sometimes....hoping for the best.

Pecal pengubat rindu


Ari tu dah buat toge, tauhu ada, timun ada, bahan kuah pun ada so mari kita buat pecal! Yum yum...lama tak makan. Mujur dulu mak selalu suruh buat kuah dia walaupun time tu malas tahap gaban tapi ad hikmahnya di waktu sekarang. TQ mak! Resepi kuahnye:
10 biji bawang merah - digoreng bulat2 dlm minyak
6 tangkai cili merah - sama spt di atas
1/2 kilo kacang tanah - digoreng dan dibuang kulitnya
4 helai daun limau purut
gula
garam

Cara-caranya:
Tumbuk bawang, cili, daun limau, garam dan gula.
blend kacang tanah.
Campurkan air panas ke dalam bhn yg ditumbuk, gaulkan.
Campurkan kacang tanah ke dlm kuah tadi.
Gaulkan dgn ulam-ulaman tu.

Bila makan gerenti tak toleh kiri-kanan punye!

Sunday, December 26, 2010

Singing dune @ bukit pasir berdengungggg




Friday ptg, we all satu family gi nengok circus & magic show kat clubhouse. Tu pun sebab dpt tiket time national celeb last week. Lagipun nak gak tgk apa yg ada. Kalau magic !show surely bebudak suker punye. Bila dah start, mcm best jer...lagipun performers dia lawa2 & handsome! Suma dtg dari Russia. So layan la for 1 hr. Dah petang tu lepak kat umah je. Perut pun kenyang lagi coz ari tu masak lagi butter prawn, ikan pekasam & sup sayur. Suma makan bersemangat. Ingat malam nak tgk abg main football tp ammar lak dah tido lagipun sejukkkkkk. Dok umah lagi best!
Circus tu x de mood lak nak bwk camera so x de lah gambo.
Saturday kitaorg pakat ngan membe2 gi dgr singing dune. Ni 1st time, excited jugak ni wpun x seadventure sand dune, layan la jugak! Plan nak mkn nasi so sorang bwk satu dish. Aku bwk yg simple je, ayam masak kicap ngan ikan masin. Ikan masin tu ramai peminat tuh!
Sampai tempat tu dlm kul 2, x jauh dr Doha. Mmg x de org & bangunan, yg ada cuma a few bukit pasir yg tinggi. Bebudak ni apalagi, sampai je terus panjat. Tgk diaorg naik laju je, yg mak2 & bpk2 ni 2-3 kali berenti. Nampak no dah x fit. Mengah tu woi! Tapi we enjoyed our evening very much. Yg best picnic ramai2 & dapat membe baru....Each time ada gathering mesti dpt membe baru, tu yg best! Pas ni leh dtg lagi, just tu fullfil our weekend, klu gi mall je pun boring gak! Lain la klu kat Dubai, mall tak terabih nak pegi. Lagi2 kalau gi time2 skrg. Tak pe, next time kita gi Dubai just for shopping yek....

Thursday, December 23, 2010

Settle satu hal

Ari ni pepagi lagi dah keluar pegi medical center, nak submit completed form utk health card application. Ya Allah...permudahkanlah pekerjaanku hari ini. Walaupun ada yg heran kenapa tidak abg aku yg kesana-sini nak uruskan mende ni tp aku bangga, at least tak de lah 100% rely on my hubby. Dia pun byk problem kat office, takkan la mende kecik ni pun aku nak bother dia. Lagipun boleh je bwk keta nak pegi mana-mana. Timba pengalaman sikit cuma language problem je sbb dia org x fasih english. Nampaknya aku pun kena belajar arabic ni, senang nak berurusan dgn org kerajaan. Kalau tak jadi ayam ngan kambing le.
Mood > Happy sebab dah settle satu kapla fening punya hal!

Sunday, December 19, 2010

Lagi satu kejayaan tercipta untukku



Wahaha....lihatlah dunia! Pokok toge ku yang merimbun dan bertimbun. Ni actually 3rd attempt, baru toge tu gundu sket! hehe rupanya selama ni x cukup air ropenye. Ni dah tau buat senang lah, x yah beli lagi. Lagipun gerenti bersih punya wpun x segumuk yg kat kedai. lalala

Happy Independence Day




Weekend ni, Qatar Independence Day celebration. Starting Fri, MAQ buat sand dune trip tp our family tak join pun sbb keadaan kereta yg tak mengizinkan. I dont mind pun...So whole day dok kat umah je buat aktiviti biasa dan berehat.
Saturday ada celebration kat Al Waha Club so we decided to go lepas lunch. Bila sampai tgk byk mainan for kids. At least the kids happy. Bagi dia org main game then coffee time kejap pas tu balik...
Sunday pun abg cuti. Doha day....City Center lagik! Coz nak cari kasut bola abg yg dah 'selamat..'. Sambil tu cuci mata la..tuk next month punya shopping! hehehe
Dah habis bab shopping, gi dinner kat Thai Smile. pergh...! baru puas je perut rasanya. Sedap tul! Alhamdulillah....
Pukul 6, suma dah penat, balik ler...apa tunggu lagik???

** Pst..dalam malas2 manja time weekend, sempat jugak masak butter prawn ni utk our Sat lunch. Licin pinggan. Nanti ummi wat lagi yek!

Wednesday, December 15, 2010

Terlepas sudah....

Minggu ni lewat nak update disebabkan kesibukan yg melanda...Dgn nak menjahitnye..dgn keje umahnye.dgn segala macam. Weekend activity...Fri dok kat umah je. Pagi ada morning coffe kat umah member, dah tu petang lepak kat umah je. Cuaca pun ala-ala lemau gitu. Sat baru keluar gi Doha. Kali ni nak cari attire tuk ammar, kan 3/1 nak start skool. Alasan je tuk ammar tp aku punye pun tersangkut sekali! hihi biasa la tu, kalau dah masuk kedai mesti nak beli! While i did my shopping, bebudak ni pegi enjoying themselves kat Fun City. Theme park mcm kat Genting tp ni mini punya la.
Sunday, Mon & Tue biasa2 je. Cuma mlm tadi Production Day utk Azra kat sekolah. So pegi la kitaorg tgk concert tu. A nice one, seronok pulak tgk budak2 from different country & diff races combined.
Ari ni pagi, usrah dah start balik. Seminggu sekali mengingatkan dan mengupdatekan diri dgn ilmu agama. Semoga mendapat hidayah dan keberkatannya, utk diriku dan jua kawsn-kawanku sekalian. Amin....

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah

Ari ni 1 Muharram...semoga tahun mendatang akan lebih bermakna buat kami sekeluarga. Semoga semakin dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan makin bertambah iman di dada kami Ya Allah.
Pagi ni nak pegi nursery ammar, nak settlekan bayaran or whatsoever. Dah nak start sekolah. I hope he'll be happy with his new coming life sepertimana anak kawan-kawanku. Cuma bab toilet yg ada kerisauan skit wpun dah lama dia dah tak perlukan pampers tp still need assistance bila kat toilet.
Nak siap jap,, nanti update lagi...

Berita terkini



Sebenarnye ni gambar dish utk tea time ari ni. Tak de kena mengena pon ngan tajuk! Saje jer...buat terliur...hihi
Lunch hour tadi abg cal. Dia kata dpt cal dari nursery. Ammar boleh start nursery 3/1 nanti. Nak ke x nak? Mesti lah nak, kang dia bagi kat org lain plak. Saje nak practise seblm masuk KG. Nanti senang, x delah bab nangis2 lagi. Lagipun dia dah boring dok umah, biar berkawan kat sekolah. Aku pulak la yg sunyi nanti. Nak masuk kelas arab & ngaji??? Akan difikirkan.

Parent - Teacher Meeting

Semalam, pukul 5.30 ptg appointment ngan cekgu2 sekolah haziq & azra. Kalau kat msia tu kira 'Report Card Day' la. Sebelum tu last week dah dapat result tuk term ni. Surprised sebab dugaan kami salah belaka. Result haziq lebih ok dr azra wpun haziq yg selalu buat kita org stress bila tgk dia buat maths tp result average. Ok pada aku dgn school environment yg totally new to him. Kalau primary still relax tp bila dah secondary concept dah tukar, mcm kolej. Nak push sgt pun tak boleh, let him take it slowly.
1st jumpa cikgu azra. Dia kata azra too quiet in the class, never ask ques & always sit behind as if won't be seen by teacher. Tu yg kitaorg terkezut! Kat umah tak henti2 bercakap. Confident level yg kurang, nanti cikgu dia nak enrolkan self confidence class. Join dgn budak2 yg sewaktu dgn dia. Better for her, supaya senang bila dah secondary nanti.
Jumpa cikgu haziq pulak. Semua cikgu yg kitaorg jumpa ckp haziq is a lovely & friendly boy. Tapi....prob dia sejak kinde lagi still ada. Sometimes he'll be in 'Planet Amirul'. X tau apa dia angankan. Pas tu biasa la, confident nak bercakap in eng. Nampaknya kat umah kena start speaking jugak la. Lagipun ammar pun x lama dah nak sekolah.
Overall we as a parent satisfied jugak ngan result kali ni. Hopefully it will be better in the future. Doa ummi sentiasa bersamamu anak2ku.....

Sunday, December 5, 2010

Sunday....


Minggu baru bermula lagi....weekend started on friday nite. Gi crabbing la....ada je undangan. Memula malas nak join. Abg kata dia bwk haziq & azra je. Tp klu x join, aku nak wat apa kat umah??? Nak tangkap lalat pun x de so pegi la. Lagipun tak tau pas ni ada org nak gi mengetam lg ke x. I decided nak turun tangkap jugak mlm ni. Semua kata best, nak jugak xperience tu. Dish aku bwk spaghetti @ mee goreng. Menjadi plak mee mamak aku, cuma x de tauhu je. Pas tu bwk kopi o panas 1 flask. Pergh! Sejuk2 minum mesti best punye!
Kali ni pegi dalam 6 family jugak. Dapat kwn baru dr QP. Lepas minum xpedisi pun bermula. Aku ni takut sebenarnya...takut kena sepit. Dahlah berselut, kaki asyik tenggelam je. Pegi kat tengah skit baru ada byk ketam. Itupun ambik 1/2 baldi je sbb dah sejuk, abg dukung ammar pas tu aku pun takut....I'm not an adventurous person! 1/2 baldi pun jadilah...nak wat stuffed crab.
Balik dalam pukul 10.30, itupun dah x leh tahan. Sejukkkkk sgt wpun dah pakai sweater.

Friday, dok umah je. Berkemas, iron baju & relax2.
Sat, our outing day! Lepas abg berkebun, siap2 & keluar. Dest: City Center.Byk mende nak cari ni. Tp ada jugak yg x dapat, kena gi tempat lain. Itupun dah mlm baru keluar dr situ. X dan nak gi tempat lain dah. Fenat!
Ari ni mode malas....tp siap jugak stuffed crab ku....layanzzzzz

Thursday, December 2, 2010

Emosi yang melanda

" I've went through a lot and I'm now in break" ~ words that responsible in making a distraction in me this morning. What does the words mean?? Hanya org yg mengatakannya tahu maksud ayat ini di kala dia mengekspreskan kepada yg berkenaan. Tapi aku still tak puas hati!!! Arghh!! Abaikan....
Mlm ni ada org ajak pegi mengetam. Rasa nak pegi sbb klu dok umah pun mesti jadi mama bosan punye! Cuma dish nak bawak belum pikir lagi.....