WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Wednesday, October 24, 2012

Panggilan haji tiba lagi

Tak sedar dah setahun berlalu...tahun lepas berangkat 28/10, tahun ni 16/10. Walaupun bermacam dugaan utk sahabat2 sebelum berangkat tapi jika Allah menghendakinya maka terjadilah jua. Majoritynya mendapat approval di minit-minit kecemasan. Ada yg belum beli barang keperluan walaupun esok dah nak bertolak. Semoga Allah memudahkan pula urusan mereka yg seterusnya yang semestinya lebih mencabar fizikal, mental dan iman.
Bila hantar kat mini Kelana Jaya kat AlKhor ni ( saje je pggl mini KJ sbb suasana kat situ sebijik mcm kat msia sbb suma org nangis2) hati kitorg pulak yg berdebar-debar. Suma feeling ada, over excited pun ada. Ku mohon padamu ya Allah, kurniakanlah kami rezeki utk tunaikan haji lagi selepas ini. Sesungguhnya rasa tak puas utk berada di arafah dan merasai lagi pengalaman pahit-manis ketika di sana. Aamiin...

No comments:

Post a Comment