WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Monday, February 28, 2011

Pagi yg stressss....




Mlm tadi rumahku menjadi nursery, for sure umah pun tunggang-terbalik. Sib baik sempat prepare bfast suma, sbb bgn pun dah lambat. Cooking chores dah settle. Titiba time mkn haziq lak nangis kata toothache, sakit nak mkn. I expect gigi lubang dia tu la. So new decision: 7am kena gi dentist sbb emergency time 7-8 lagipun he still has to go to school. Ammar pulak bgn lambat, mlm tadi kul 12 baru tido. Itupun satu kehanginan aku ngan hb mlm tadi. Dok main je, srh tido x heran2 tapi seb baik x buat drama dia pg ni.
Sampai clinic, doc cek lubang bsr, kena wat app other day dia nak kuarkan nerve & tggu heal sbb dah kena infection. All coz of not brushing properly. Within 1/2 hr settle, dia pun gi skolah. Anta si Ammar pulak. Ingatkan ok le, tak de la drama nangis2 lagi, rupenya....blk lagi kes dia ni. Last2 aku lepas je, malas nak layan. Teacher dia kata selalu happy je bila jumpa kwn. Kenapa la si ammar ni...
Lagi satu, mlm tadi tak tau bila dia kuarkan message book dia, tgk2 pg dah takde! Aku tanya mana, dia pun dah tak ingat. Saje je buat aku hangin pepagi ni....
Balik umah projek mengemas pun start. Ni baru pas mop segala. Petang ni ada final meeting for AKIS Msian Culture Nite pulok! Bz...mokcik bz...

Friday, February 25, 2011

Kaplaku sakit....

Winter dah nak abis, dtg plak spring. Sejuk pun dah tak sejuk sgt....bila terjadi peralihan musim ni mulalah aku, flu, sore throat, sakit badan, nak kata demam tak demam tapi simptom macam demam. huhu
International Day AKIS akan diupdate kemudian, masih mencari masa nak upload gambar. Pas ni sibuk ngan meeting for Msian Nite kat AKIS jugak. Bz..bz..tul makcik!
Dah 2 minggu pun tak window & shopping kat Doha. Hb kata nak siapkan assignment dia yg sekian lamanya tertangguh. Kalau tak next mth dah leh grad. So weekend dok kat umah jelah, kalau penat & malas nak masak, oda saja! hahaha

Saturday, February 19, 2011

Bermulanya projek International Day


Ni citer ari Rabu sebenonya, tak sempat nak update. Esoknya ada event International Day kat AKIS. As i'm one of the committee, kena keje lebih sket la. Kali ni kena buat karipap, member yg lain pun ramai kena masak & yg selebihnya kena datang awal set up khemah and display items. Kat sini boleh dikatakan ramai yg pandai masak. Lagipun kalau dah dok jauh dari negara sendiri tak pandai masak pun boleh jadi pandai.
Seawal pukul 11pg projek membuat inti karipap pun bermula. Itupun dah lewat, kelam-kabut sikit sbb hero dah nak balik, kang ada la assistant tukang sepah kat dapur ni.
Moga-moga Allah permudahkan urusanku ini dan mudah-mudahan sedaplah karipap buatanku ini...amin...

Tuesday, February 15, 2011

Mee kari udang


Pagi-pagi tak de pun niat nak masak mee ari ni sbb mmg mee nya tak de pun. Keluarkan ikan kembung tapi tak de idea lagi nak masak apa. Tetiba sepupuku dtg & bagi mee sekilo. *wink* wink* tetiba dtg idea...tauhu ada, udang ada, ayam pun ada, sawi, rempah kari suma ada. Dtg la idea mee kari ni tp i decided to make mee kari udang je instead mix it with chicken. Kalau ada fishball lagi kick ni tp tak dan la nak buat fishball pulak. Next change ha...

:: Resepi kuah ni dari ibunda tercintaku::

Kepala udang~ direbus utk diambil airnya
1 biji kelapa~ambil santan
6 ulas bwg merah~tumbuk
2 ulas bwg putih~tumbuk
3cm halia~ketuk
3cm lengkuas~ketuk
2 sudu rempah kari ikan
garam
air asam jawa

Air rebusan udang dicampurkan dgn kelapa, blend(utk mendpt santan yg lebih pekat)
Perah santan
Tumis bhn tumbuk, masukkan rempah kari yg dicampurkan dgn sikit air
masukkan udang dan santan
masukkan juga halia dan lengkuas
last sekali masukkan garam dan air asam jawa

::bhn-bhn lain,: tauhu(digoreng dan potong kecil)
sawi(dicelur)
timun(dihiris)
telur rebus
bawang goreng dan daun sup
Sekali makan mesti nak lagi...!

Homemade keropok lekor & sos


Keropok lekor mmg fav our family. Ari tu ada try sekali tapi resepi tu pakai ikan tenggiri. Kurengggg sedap! Pas tu tgk member tu buat jadi elok je & nampak sedap. Dia kata pakai ikan kembung. Aku pun dok la mengoogle kelmarin & jumpa la resepi yg senang je kat MyResepi. TQ....

Bahan-bahannya:

1kg ikan kembung ~ ambil isinya
100gm tepung ubi
30gm tepung jagung
garam
perasa(optional tp ku x pakai pun)

Blend isi ikan dalam food processor sampai hancur
Masukkan tepung-tepung, garam dan perasa
Blend lagi.
Taburkan tpg jagung & bentukkan keropok
rebus sehingga timbul
Pas tu boleh goreng,,,

Bahan sos:
1cwn gula merah
3sd bsr cili
1/2 cwn air asam
3cm belacan
2 1/2wn air
garam

Jerang semua bhn hingga mendidih dgn api perlahan hingga pekat.
Kacau selalu.

Ammar's new toy


Gi beli bicycle kakak, takkan tak beli dia punyekan? Kang ada yang migrain dengar bising-bising sebab nak naik beskal. Masa beli ni aku tak turun sebab tak de parking, itupun parking kat belakang umah orang. Diaorg ni bukan leh caya, kalau tinggalkan keta kang tayar ada je org pancitkan! Kang itu pulak jadi masalah. Dah pesan dgn abgku, jgn beli beskal yang pelik2 sebab kat sini design kelakar sket. Tup-tup bila dah settle, tgk Ammar naik beskal ni tuju ke kereta. Design kelakar sket la, chopper ala-ala gitu. Dah dia nampak gambar spiderman tu abihlah! Tapi still ok la drpd yg ada bakul besar kat belakang tu, tricycle lak tu! hihi
Nak beli dari msia macam leceh je nak bawak balik, berdasarkan pengalaman member2. Beli jelah kat sini....


~ Siap winter cap lagi tp masalahnye winter dah nak abis baru dia nak pakai, awal-awal ari tu nak belikan dia tak nak!

Pre 13th Anniversary dinner



Haishh...siap ada pre-pre lagik! Saje jer...sebab kuar time weekend kiranya celebrate awal la. Cepatnya masa berlalu;;;dah 13 thn menyulam suka dan duka, turun dan naiknya kehidupan bersama insan tersayang dan 3 org yg sentiasa menimbulkan kekecohan dan kegembiraan di dlm syurga kami. Ya Allah...tetapkanlah jodoh kami berdua hingga hujung nyawa dan jauhkanlah rumahtangga kami dari dugaan berat sesungguhnya aku hanya insan lemah...amin...
After a whole day @ Doha settle macam-macam benda, cari itu dan ini including beli bicycle for Azra & Ammar, we decided to end our day with a perfect-hopefully dinner @ Chili's. Ni first time nak masuk sebab kat msia belum tercapai lagi hajat ni.
Ternyata dish kat situ mmg sedap berbanding Friday's ( sebab masin sgt) & Applebee's. So next time boleh dtg lg makan Molten cake dia. Yummy!

:: Black colour should make a person looks slimmer but why i look so fatty-fatty in this blouse?? Am i really that fat?? huhuhu

AFC Final @ Doha



Assalammualaikum....ni citer tertunggak 29/1 disebabkan kesibukan dan mood nak memblog yg kekadang ke laut mana tenggelam.
Tentang bola ni sebenonye tak de la minat sangat pun biarpun beberapa kali abgku dpt tiket free tapi yang final ni terjebak jua diriku ini lantaran melihat semangat kwn-kwn yg seangkatan sibuk nak pegi. Betul gak, selama ni kat msia tak penah pun layan bola kat stadium, bila lagi nak pegi. Lain kali tak tau bila pulak Qatar jadi host lagipun ada dua tiket free cuma masalahnye kena cari tiket tuk bdk2 ni. Tanya-tanya & cari-cari, finally on the date dpt contact member abgku, it seems tiket utk Indonesian yg dipasskan ke community. Arghh! belasah la, asal dpt masuk!
We all sampai awal tp umat manusia punyela ramai! Japan co siap bwh general worker lagi utk support. Mmg happening! Tak rugi la aku decide nak pegi.
Dalam happening tu ramai rupanya memberku yg ada tiket tapi tsk dpt masuk sebab kul 5 security dah tutup gate. Kesian wei...! Bengang betul, yelah kalau yg tiket free tu ok lagi, ni yg beli tiket pun dia tak bg masuk. Nasib baik tak de riot kat situ tapi dgr citer FRU & askar dah stand by kat gate tu. Nasib..nasib...
Overall it was an enjoyable game & we hope we'll be here for World Cup 2022 pulak...