WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Monday, December 31, 2012

Pucuk ubi masak tempoyak & petai

Tgh taip pun telan air liur. Sebabnye bukan senang nak dpt lauk ni. Satu hari tu pegi asian grocery shop, jumpa pulak unpacked petai. Wah...apalagi, sambar la 4 papan! Tak penah pulak dia jual petai mcm tu. Agaknye petai tu selalu sold out je, mmg byk demand.
Kat rumah pulak,  pokok ubi dah ada byk pucuk, daun kunyit pun ada stok & tempoyok pun mmg ada stok bwk siap2 so....jom la kita masak lemak poyok petai.
Lunch aritu mmg terasa kat kg sungguh la! Menambah2 memasing! Huhu....
Masak dia senang je...

Pucuk ubi & daun kunyit- hiris halus
Cili padi - 10biji ( ikut taste)
Santan pekat
Ikan bilis - tumbuk kasar
Tempoyak
Petai
Serai- 2btg( hiris halus)

Masukkan suma bhn2, msk dgn api medium sampai pekat.
Perasakan dgn garam & gula sket
Taraaa....

Testing...testing

Dah lama intai-intai BM, finally I got one for myself. Geram tengok kwn-kwn mcm senang je wat roti pas tu hasilnye pun gebu je. Nak uli ngan tangan, lenguh plak tgn mokcik. Kalau pakai mixer mmg hasil pun ke laut la, kalau tak ke laut, jumpa mr tong la jwbnye hehe
For the first trial buatla sausage blossom ni dari tiffinbiru, tq che mat. Anak2 suke...kejap je dah licin! Panas-panas plak tu! Mcm ni boleh buat selalu, tgn i pon x penat lalala...

Monday, December 10, 2012

Farewell lagi...

Dalam tahun ni je ada 6 sahabat2 kat Al Khor ni balik Msia for good. Rata-ratanya dah lebih 5 tahun dan nak bertukar angin. Ada jugak yg CTG (cuti tanpa gaji) dah expired so kena sambung keje. Ada yg dah boring dok sini, dlm masa yg sama hb dpt kerja dgn gaji yg ± dgn kat sini. Sirih pulang ke gagang...Lepas ni akan ada lagi yg menyusul bermula Feb 2013.
Kami sefamily mmg happy duduk sini sbb boleh hidup dgn tenang, less crime & less traffic jam tp kami masih berpijak di bumi yg nyata. Cecewah...yelah..kita ni menumpang kesenangan di tanahair org lain dan menikmati sedikit kesenangan yg Allah kurniakan, alhamdulillah syukur sgt ke hadrat Allah swt.
Tapi sesungguhnya tuan tanah lebih berkuasa namun rezeki seseorang itu Allah yg tentukan. By 2016, Qatari akan memenuhi jawatan2 yg dipegang oleh expatriates sejak sekian lama. Actually proses tu dah start dari tahun lepas dan akan berterusan sampai 2016. Dlm 2 thn ni ramai yg balik dan ramai jugak yg terminated. Harap2 rezeki kami berpanjangan la di sini dan kpd kwn2 yg balik or ke mana saja, Saudi, Aus or Abu Dhabi, wish u'll best of luck!

Jenguk-jenguk sket

Lama tak update pasal my backyard garden kan. Setiap hari belek & tenung, rasa tak sabar je nak tgk pokok2 tu sihat & of course la nak petik hasilnya. Tapi disebabkan cuaca dah sejuk sket, tumbesaran pon jd lambat. Terbantut la pulak. Lagipun rasanya salah musim pun ya kot, pokok musim panas gi tanam musim sejuk huhu...
Kita layan lah gambau2 ni ek...

Oopss...ada lg satu pokok lupa nak amik gambar, pokok ulam raja. Tu pun cam jadi tak jadi je...

Tuesday, November 27, 2012

Penawar batuk....harap-harap berkesan.

My mr hb dah seminggu batuk. Semalam MC 1 hari sebab demam & batuk yg teruk. Kesian tengok dia... Sabar ye laling, sakit tu kan penghapus dosa. Sejak ujan yang setahun hanya 3 kali tu turun, ramai betul orang yang jatuh sakit. Lagipun bau gas dari Ras Laffan tu mmg menusuk-nusuk hidung pagi tu. Kids la yg banyak sakit, macam acara lari berganti-ganti. Huhu...
Masa bawak hb pegi klinik pagi tu, terjumpa la kakak neighbor ni. Dia dgr batuk yg tak boleh ditahan-tahan apalagi nak berenti so dia bagi perghhtua ni. Ni pun indian neighbor dia yg bagi.

Bhn2 dia:
Daun tusee( tak tau spelling betul ke x) tp kalau tanya indian mesti dorang tau sbb it seems dorang punye pokok suci. Kita niat la utk buat ubat, bkn nak ikut kepercayaan dia kan.

Cinnamon - 5cm
Black peeper- 15biji
Cardamom - 5biji ( tumbuk sket)
Last sekali letak mint
Rebus selama 1jam
Dah masak, biar suam then masukkan 2 sudu bsr madu.

Setakat ni dah 2 kali buat. Mudah-mudahan mujarab. Syafaqallah mr laling...

Thursday, November 15, 2012

Rezeki lagi

Alhamdulillah....kali ni dah advance sket. Dpt undangan ikut geng boat pulak gi laut.Member apalagi la, ibarat org mengantuk disorong bantal! Lagi pulak port yg biasa tu tuan tanah sudah mari...dah masuk winter ni mulalah diaorg bercuti mkn angin. Resort pulak sendiri punya, perghhh...! So yg geng pancing ni kekurangan tempat la. Nampaknye sebulan la tak beli ikan ni. Best jugak kalau selalu dpt ikan fresh ni! :)

Wednesday, November 7, 2012

Sedapnye.....

Malam tadi pegi Souq Waqif, plan sebenar nak ikut en hb gi kedai mancing tp singgah jap solat kat souq. Teringat nak beli our fav coated green peas so singgahlah satu kedai tu. Kedai ni was not our usual place beli kacang tapi sebab nak cepat, singgah jelah. Time nak bayar tetiba ternampak pulak macam kacang bepang tapi mix of almonds, cashew & peanut. Menarik ni so try la satu pek.
Balik rumah, sampai je tak menyabo terus la makan. Sedapppppnye....bagi yg suka kacang la kan. Manis dia macam kacang bepang kat msia jugak. Tak rugi i beli....:)
Nama mende ni ~ PISTHAKIYA~