WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Tuesday, November 27, 2012

Penawar batuk....harap-harap berkesan.

My mr hb dah seminggu batuk. Semalam MC 1 hari sebab demam & batuk yg teruk. Kesian tengok dia... Sabar ye laling, sakit tu kan penghapus dosa. Sejak ujan yang setahun hanya 3 kali tu turun, ramai betul orang yang jatuh sakit. Lagipun bau gas dari Ras Laffan tu mmg menusuk-nusuk hidung pagi tu. Kids la yg banyak sakit, macam acara lari berganti-ganti. Huhu...
Masa bawak hb pegi klinik pagi tu, terjumpa la kakak neighbor ni. Dia dgr batuk yg tak boleh ditahan-tahan apalagi nak berenti so dia bagi perghhtua ni. Ni pun indian neighbor dia yg bagi.

Bhn2 dia:
Daun tusee( tak tau spelling betul ke x) tp kalau tanya indian mesti dorang tau sbb it seems dorang punye pokok suci. Kita niat la utk buat ubat, bkn nak ikut kepercayaan dia kan.

Cinnamon - 5cm
Black peeper- 15biji
Cardamom - 5biji ( tumbuk sket)
Last sekali letak mint
Rebus selama 1jam
Dah masak, biar suam then masukkan 2 sudu bsr madu.

Setakat ni dah 2 kali buat. Mudah-mudahan mujarab. Syafaqallah mr laling...

Thursday, November 15, 2012

Rezeki lagi

Alhamdulillah....kali ni dah advance sket. Dpt undangan ikut geng boat pulak gi laut.Member apalagi la, ibarat org mengantuk disorong bantal! Lagi pulak port yg biasa tu tuan tanah sudah mari...dah masuk winter ni mulalah diaorg bercuti mkn angin. Resort pulak sendiri punya, perghhh...! So yg geng pancing ni kekurangan tempat la. Nampaknye sebulan la tak beli ikan ni. Best jugak kalau selalu dpt ikan fresh ni! :)

Wednesday, November 7, 2012

Sedapnye.....

Malam tadi pegi Souq Waqif, plan sebenar nak ikut en hb gi kedai mancing tp singgah jap solat kat souq. Teringat nak beli our fav coated green peas so singgahlah satu kedai tu. Kedai ni was not our usual place beli kacang tapi sebab nak cepat, singgah jelah. Time nak bayar tetiba ternampak pulak macam kacang bepang tapi mix of almonds, cashew & peanut. Menarik ni so try la satu pek.
Balik rumah, sampai je tak menyabo terus la makan. Sedapppppnye....bagi yg suka kacang la kan. Manis dia macam kacang bepang kat msia jugak. Tak rugi i beli....:)
Nama mende ni ~ PISTHAKIYA~

Tuesday, October 30, 2012

Dah lama.....

Dah lama Villagio reopened tapi belum ada masa nak pegi. So 3rd raya, still school holiday( kat sini raya haji cuti 10 hari tapi raya pose cuma 4 ari je). Kali ni en hubby cuti sampai 3 weeks sbb nak settlekan annual leave. Apa la yg dia nak buat ek...? Kita wait & see nanti hehe Memula tgk gak tix blk msia,  masa tu in April camtu tapi dia punye harga...sampai 15k daaa...tak jadi la nak balik!
So....jenjalan la kitaorg ke Villagio. Semangat ni, pukul 10.30 dah sampai. Mmg lengang, ingat mcm tak ramai org dah nak dtg sini. Section yg terbakar tu dia tutup terus. Tak tau kot2 nak renovate or will be permanently closed. Section fav en hubby plak tu, sports corner la kiranya. Pas tu awan yg cantik kat atas dia pun dah warna gelap, scary pun ada jugak. Sian ek kat parents yg hilang anak2 kat situ, mesti tak jejak dah ke sana!
Jln punye jln sampai dah tghari. Tetiba dah crowded, penuh sgt, mcm suma org tumpu kat situ. Maybe tourist dr Saudi or sekitarnya sbb ramai yg naik gondola ala-ala tu hihi
Ronda2 la dlm Gap & H&M. Winter clothing dah keluar. Cantik2nye....tp mood nak shopping tak dtg lg so jamu mata je lah dulu. Lagipun baju thn2 lepas ok lg, kalau beli kang ada yg kena soal siasat pulak hehe
Dah penat berjalan, perut pon mulalah kan. We decided gi mkn kat TGIF. Tu pun setelah menunggu 15min nak dpt seat. Suma tempat mkn full house. Order pun lambat nak dpt. Menu wajib mestilah tater twister. Mcm mengidam je bila teringat. Parah ni! Kalau dah ada atas meja, mesti cepat je habis. Menu lain pun best. Kali ni perfect sbb tak over masin.



Family Fun Day @ Al Waha

Ni 2nd day. Setelah kuciwa dgn hari semalam, hari ni pagi2 buta ammar dah kejutkan kitaorg suma bangun sebab nak pegi fun day.huhu padahal mende tu pukul 10.30 baru start. Awal2 lagi dia dah mandi & get ready! Ni kalau tak jadi pegi mmg haru biru jadinya nanti!
Plan nak bwk anak member yg pegi haji so tak delah anak2 dia sunyi kat umah. Ngan nenek diaorg sekali ku angkut!
Pukul 11 mmg panas ya hampunnnnn tapi demi anak2, ku layankan jua. Semua super excited! Semua games2 lebih kurang mcm kat funfair le cuma yg xtranya ada camel & horse riding dan juga makan FREE....! Mmg berduyun2 le umat yg dtg. Yg tak sambut raya pun join sekaki, biasa la tu...
Overall mmg enjoy la, siap ada magic show lagi. Anak2 pun puas hati. Alhamdulillah....terima kasih ya Allah krn nikmatMu ini...betapa bertuahnya diri kami, semoga kami tidak lalai dgn kemewahan dariMu ini aamiin....







1st eid ul adha in Qatar

Even though dah masuk 3rd year dok kat sini tp this is our 1st raya haji sbb 1st yr ngengada nak sambut kat Dubai hikhik pas tu 2nd year pulak 10 zulhijjah tu sibuk selesaikan melontar jamrah & tawaf ifadah maka tahun ni la baru nak rasa. Excited la tapi kalau raya pose tangkap leleh la pulak! Huhu
Nak memeriahkan suasana, Msian Al Khor ( persatuan penduduk la kiranya) organize majlis jamuan raya ie pagi2 raya pas solat sampai le ke pukul 11 majlisnya. Walaupun event hari jemaat tp....rewang...eceh...ada jugak rewang tu! Ingatkan kat kampung je kan. Ni merangkap suma skali la, rewang potong bawang, makan & gossip2 mak jemah sekali ye hehe tapi enjoy jugak dapat berkumpul camtu, tak de la kita terpengapp je kat dlm umah tu kan!
Hari selasa potong2 daging & ayam satay. Hari khamis pulak majlis iftar bg yg berpuasa hari arafah...ruginya tak dapat puasa huhu
Pas tu belah mlm pulak acara membako satay. Tu keje hero2 kg melayu le. Heroin2 cuma potong timun sik mok ngan masak sambal je.
Balik umah pukul 8.30. Kat sini dah kira mlm mcm pkl 10 la. Tu bukan masalahnye.....yg menjadi problemonya...lauk rayaku belum masak lagi! .....huaaaaa
Walaupun pagi ada party raya tu tp cik hubby request utk lunch & dinner. Mmg la...kesian jugak kat anak2. Maka dgn itu....terpaksalah tahan pinau mata tu & paksa cik hubby dok temankan kat dapo sampai siap masak segala. Plannya rebus nasi impit, rendang ayam & kuah kacang. Rebus punye rebus, potong2, tumis2 sampai siap, tgk2 jam dah 1.30am. Mata dah tak menahan dah, naik katil kebaboommmm
Tido mmg tak sedar diri, tetiba tersedar dah terang. Tgk jam....pkl 6PAGI!!!!! Org solat raya pukul 5.45 huwaaa..  hancur harapan nak rasa 1st time solat raya kat sini!
Masalahnye 1 rumah tak sedar nak bgn pagi. Tragis sungguh! Tambah tragis bila ammar nangis sebab tak dpt amik toy kat padang. Actually community buat solat raya kat padang sekolah, lepas solat ada acara toys giveaway for kids tapi biasalah, kena berebut ngan kaum ' bawang' yg tak penahnye reti bahasa tu! Sabo jelah ammar, next year kot ada rezeki kita amik la toys tu ye.
Begitulah alkisahnye raya qurban kami tahun ni....tak pernah miss solat raya, tu yg terkilannya. Gambau the dishes pun tak sempat nak ambik.

Wednesday, October 24, 2012

Panggilan haji tiba lagi

Tak sedar dah setahun berlalu...tahun lepas berangkat 28/10, tahun ni 16/10. Walaupun bermacam dugaan utk sahabat2 sebelum berangkat tapi jika Allah menghendakinya maka terjadilah jua. Majoritynya mendapat approval di minit-minit kecemasan. Ada yg belum beli barang keperluan walaupun esok dah nak bertolak. Semoga Allah memudahkan pula urusan mereka yg seterusnya yang semestinya lebih mencabar fizikal, mental dan iman.
Bila hantar kat mini Kelana Jaya kat AlKhor ni ( saje je pggl mini KJ sbb suasana kat situ sebijik mcm kat msia sbb suma org nangis2) hati kitorg pulak yg berdebar-debar. Suma feeling ada, over excited pun ada. Ku mohon padamu ya Allah, kurniakanlah kami rezeki utk tunaikan haji lagi selepas ini. Sesungguhnya rasa tak puas utk berada di arafah dan merasai lagi pengalaman pahit-manis ketika di sana. Aamiin...