WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Monday, May 28, 2012

Villagio terbakar pulak...!

Lebih kurang pukul 11am Villagio, mall yg kiranya paling cun kat Qatar ni terbakar tp part of je. Berita ni dlm pukul 3 ptg baru faez dpt tau, tu pun dorang suma sibuk post kat fb. Nak dgr news setakat dengo jelah, tu la, org srh belajar arabic x mo huhu
Tp yg sedihnya dari incident ni is 12 kids died. They were in a nursery named ' chimpanzee', x sempat diselamatkan. Sedihnya....mak & bpk mesti gi keje tu. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
Byk la spekulasi...ada yg kata fire alarm tak trigger, x de muster point, staff tak efficient, mcm2. Wallahua'lam...

Friday, May 25, 2012

Rombongan cek kiah ke souq

Sabtu, 19/5/2012, member kat community plan nak buat trip. Apalagi... xcited la cek kiah suma. Termasuk le aku 😁😁, sebenonya dah 2 bln x jalan2 kuar dari Al Khor sebab hb shutdown, keje 7 ari seminggu, 7pg-7mlm. Kata je blk 7 mlm tp ada 1 ari tu pukul 3 pagi baru balik! 😭 Sian cik abe...tido pun tak tentu arah. Expected 24/5 baru abes. Sabo..sket je lagi..
Yg pegi trip ni ada jugak hb yg volunteer jaga anak. Mummy's day off la kiranya. Faez bwk ammar je sbb haziq dia x layan gi souq2 ni, azra plak ada kelas. Ammar memula ok tp bila dah pkl 11, x ok dah sbbbb....dah cecah 46' tu! Arini plak temp tinggi camni. Sian dia tp we managed to overcome the situation. Bila dah naik bas, legaaaa...
Shoppingnya...masing2 x cukup tgn le, dah pegi kedai kain kan? Faez beli abaya for azra ngan kain untuk blouse je.
Odw balik pick up nasi bukhari yg dah pre order. Sampai Al Khor pukul 2.30. Seb baik dah beli nasi sbb sampai umah mmg sakit pale. Anyway, everybody enjoyed the day. Jun ni summer sale nak start so blh buat trip pegi mall pulak la...😊
:: muka memasing happy je kan..::

Tuesday, May 8, 2012

A small party for a big girl

24/4/2001, srkrg dah 11 thn berlalu. Anakandaku azra sedang meniti usia remaja. Ummi & ayah sentiasa mendoakan kejayaanmu dalam apa jua bidang yg anakanda ceburi. Semoga azra menjadi anak yg solehah dan menyayangi kedua org tua & adik-beradikmu amin....

Tak de la celebrate besar-besaran, nak gi makan-makan kat Doha pun tak de masa sebab mr hb sibuk shutdown. Weekend pun kena keje. So cuma beli ice cream cake kat BR je sblh malam pas tu makan time breakfast. Mmg feeling la kek tu. Budak2 makan pun laju je. Kalau beli kek biasa tu alamat 2-3 hari kat dlm fridge tu. Berbaloi jugak walaupun harga ratusan riyal huhu Disebabkan sambutan hangat, maka we decided to buy again on Haziq's bday which will be in June. Yummy....!

Sampai jugak...!

2nd time ni beli baju online. Ari tu beli postage within msia je tp thepoplook ni will go international. Tu yg terpedaya tu pas tu tgk charges dia pun bwh RM100, apalagi laju jelah memilih. Hopefully maxi2 ni seswai la ngan i.
Sekali dah bukak, maxi yg kaler itam tu mmg cun, spt dlm gambar. Suke..suke..suke tapi yg kaler purple tu ada getah kat pinggang, dah try muat tp tak sesuai pakai kat sini, blk msia baru blh pakai. Tapi kalau ikutkan kena pakai kat dlm umah je sbb menampakkan bentuk. Tak pe lah, pakai kat umah pun boleh. Kiranya kali ni ok la beli online ni, next time boleh beli lagi...:)

Friday, April 27, 2012

Buat sahabatku....

Buat sahabat & juga kakakku... Yg suaminya baru didiagnos ada colon cancer. Tabahkan hatimu & redha dgn ujian Allah ini. Sesungguhnya Allah ingin kita tambah dekat dgnNya. Panjatkan doa kepadaNya supaya tabahkan hati. Kami kwn2 mendoakan operation suamimu berjln dgn lancar tanpa sebarang komplikasi, insyaAllah...
Berat mata memandang tak sama dgn bahu yg memikul. Semoga kepulangan kalian ke tanahair utk operation dan rawatan akan memulihkan keadaan dan kesihatan suamimu spt sediakala. Amin ya rabbal a'lamin....

Lonely weekend :(

26/4 ~ 7am, mr hb kena pegi offshore. Sian dia, tahun ni shutdown dia kena kerja teruk. Dia kata kalau ikutkan tak de la teruk sangat kalau ikut as planned tapi pening dgn attitude ' d bawang ent ' ( hanya MalaysianQatar je yg paham tagline ni hehe), yg keje ntah apa2! Hanya kesabaran tahap tertinggi yg diperlukan untuk terus kekal di sini. Kena gak belajar 'belit' dorang ni so baru kita boleh get along. Kaum ni mana campak kat dunia ni, belit tetap belit! Bukan nak jadi racism tp pandangan je tp i'm sure mesti ramai org setuju ttg hal ni! Hrp2 mr hb boleh maintain cool buat keje coz i know you're a very hardworking guy darl! I'll be by ur side always....


:: I MISS U LIKE CRAZY ::

Monday, April 23, 2012

Mihun sup ayam for bfast

One of the days...dah tak ingat, we all mkn mihun sup ayam yg yummy ni for bfast. Kenapa yummy? Sebab ada byk daging ayam kat dlm sup dan dimkn pulak dgn sambal kicap style jawa tu, perghhhh mmg terangkat!







Jom intai for resepi: mihun~ secukupnya, jgn terlebih2, nanti membazir :) ayam~ seekor, potong kecik2 5 ulas bawang kecil 2 ulas bwg putih - ditumbuk seinci halia kayu manis bunga lawang buah pelaga sesudu mkn rempah sup daun sup & daun bawang bawang goreng Cara2~ tumis bwg2 yg dah ditumbuk bersama kayu manis, buah pelaga & bunga lawang bila bwg dah layu, masukkan rempah sup dah terbit minyak, masukkan ayam, gaul sama rata dah tu masukkan air & halia biar didih & sampai masak, masukkan garam. Sambal kicap~ Segenggam cili api 2 ulas bwg putih kicap manis - agak2 blend suma bahan dan dimakan bersama mihun sup tadi.