WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Monday, March 26, 2012

Karipap oh karipap

Tidak ku sangka jadi begini....cewah! Sungguh tak ku sangka bermula sebagai sesaje je nak anta kuih kat AKIS International Day 2011, terus jodohku kekal ngan karipap pusing sampai hari ni. Order yg masuk tak putus-putus menjadikan membuat karipap jadi rutin harianku. Alhamdulillah...nikmat Allah bagi. Tak lama lagi leh la beli sebijik LV lagi haha insyaAllah...tgh tunggu guni tu penuh ni.
Camne le faez leh terjebak dlm bisnes ni pun tak tau. Mak macam risau je sebab penat2 nak buat & jual kuih, dia ingatkan menantu dia tak bagi duit poket. Tapi faez kata, alhamdulillah dia bagi tp bisnes ni isi masa lapang je. Setakat buat keje rumah tu sekejap je dah siap, pas tu melangut je. Last2 tertido sementara tunggu budak2 balik sekolah. Hish...tak produktif langsung rasanya! Lagipun permintaan menggalakkan, maknanya kenalah dgn selera kwn2. Jadi apa salahnya teruskan...ye tak? Kalau masih terdaya dan diberi kesihatan yg baik oleh Allah

Thursday, March 22, 2012

Mothers' Day party @ Ammar's class

Ammar's 1st Mother's Day card






Alhamdulillah...ammar dah pandai tulis wpun senget-benget. At least boleh la nak baca. Dia punye excited nak bagi kad ni, turun je bas, masuk umah, campak lunch bag, bukak book bag & taraaaa....surprise! Happy betul dia! Ummi pun happy jugak...

Wednesday, March 21, 2012

JJCM- Applebee's Villagio













Aktiviti kalau hujung minggu, tak de lain la, shopping complex je. Ni pun tgh tunggu ada 3 lagi mall nak bukak. Pas ni boleh la tambahkan destinasi nak ngabihkan pulus huhu

Berjumpa lagi di lain waktu & tempat! daa.....

Friday, February 24, 2012

Friday datang lagi

Kalau Fri biasanya mmg breakfast kat luar, pekena dosa, paratha & yg sewaktu dgnnya. Bestnye kalau dapat nasi lemak KTM ke, lontong Klang ke...haishhh mula la tu! Lama lagi tu wei....Dah balik umah lepak kejap, kemas2 sket pas tu masuk dapur, masak utk lunch pulak. Apa la nak masak ni...? Last2 decided nak masak sotong kicap, kari sotong, semlm punye singgang ikan reheat pas tu ulam2 + sambal belacan. Ari ni tak gi Doha pun. En hb nak qada' tido dia yg terbengkalai tu. Nak kuar pun pegi mana ek? Sale pun dah abes. Nak tunggu shopping complex yg baru nak bukak, ada la tempat nak gi jalan. Jadinye....dok la umah dendiam...layan jelah movie kat tv tu.

Tuesday, February 21, 2012

A boring school break

Cuti yg boring sbb.....banyak sebab. Sepatutnya last wed we all bermusafir ke mekah & madinah utk umrah & ziarah, yg mana semuanya telah siap dibayar & visa pun dah dapat. TETAPI....semuanya terpaksa dicancel without refund sbb mr hb terlalu byk kerja yg kena disettlekan. Huhuhu....anak2 dah excited jd kecewa, begitu juga dgn kami. Kenapa....apalah hikmah yg Allah akan beri disebalik ini semua. Lagi pulak hari rabu ptg pegi menghantar rakan2 yg travel by bus berangkat. Lagi la syahdu .....
Bukan tentang umrah aje, byk lagi perkara yg seakan terhalang. Tukar kereta, hb nak beli motor, semua terbengkalai. Allah belum nak memberi rezeki kami merasa kereta baru & hb nak naik motor besar. Kesian kat dia.....dah tu, kerja pulak membuatkan dia tak tidur malam. Aku nak tolong pun bukan tahu. So tolong faham & tolong buat air kopi jelah. Hari cuti pun kena keje, kalau dpt duit blh la kurangkan stress tp ni amal jariah utk company yg dah terlalu kaya tp kalau tak buat kerja, problem akan berlarutan jugak so no choice.
Sabarlah wahai hati......dugaan hidup yg datang dlm berbagai bentuk & tak kira masa.
Tiket balik raya dah booked. Bila dah masuk awal tahun mula la asyik rasa nak balik. Rindu pada msia pun mulalah datang. Cuti 1 week ni pun ramai jugak member yg balik. Rasa2 nak tgk tiket utk raya haji nanti sbb hb sekolah pun cuti 2 minggu. Bolehlah makan sup tulang kat surau. Hehehe...lagipun time raya puasa nanti mesti sibuk, x leh nak cuti2 msia sbb nak ready tuk wedding adik. So sambunglah raya haji. Good idea! Harap2 ada tiket murah. Tp tak nak la Sri Lankan Air...
Semalam boring punya pasal, siap kujahit jubah pertamaku. Yeehaa...! So pas ni abaya boleh buat sendiri.....happy betul! Karipap pun this weekend baru nak start utk next week punya oder. Pasar malam & school trip. Alhamdulillah.....semoga berpanjangan rezekiku...
Ok, nanti la kita celoteh lagi. Nak potong kain, wat baju kurung.

Monday, September 12, 2011

Ikan kembung masak tempoyak




Lunch 11/9/2011, ada ikan kembung fresh, teringat ada bawak tempoyak dr msia aritu. Ni makan mesti sampai menghirup kuah ni! Pas tu ikan tu separuh goreng jugak pas tu buat sambal tempoyak jugak. Perghh! mesti terangkat punye!

Resepi: Belajar dari mak

Bahan2

Ikan kembung
2 btg serai diketuk
5 biji cili padi ditumbuk
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih - ditumbuk
tempoyak- ikut kepekatan
daun kunyit
kunyit hidup
garam & gula secukup rasa

Cara2
Rebus bwg merah & bwg putih yg telah ditumbuk bersama serai, cili padi & kunyit hidup
Bila mendidih, masukkan ikan yg telah disiang & dibasuh
Masukkan tempoyak - lagi pekat lagi sedap!
Last sekali mskkan garam & gula secukup rasa...