Lunch hari jumaat...mood rajin nak masak titiba datang. Ada taugeh lps tu teringat kerang yg limited edition bwk dr Msia hari tu. Teringat pulak nak mkn kerabu. Mula la menggoogle, jumpa la resepi yg mcm besttt je kat secubitgaram...tq kak nor...mmg sedap! Terkenang kat mak sebab dia mmg suka kerabu2 ni. Lagi dia suka kalau tau faez yg buat hehe...
Jom tgk resepi...
Bahan-bahan: ( ini ada derhaka sket sbb main agak2 sesedap rasa ek)
Taugeh dlm 2 genggam
Kerang - direbus
3ulas bwg merah
5biji cili padi
seinci belacan - dibakar
sedikit udang kering - rendam dulu
1sd teh lada hitam
2sudu mkn jus limau/lemon
1sd mkn kerisik
garam + gula secukup rasa
Cara-cara:
Celur taugeh terlebih dahulu, jgn lama sgt, nnt lembik tak sedap. ( Faez rendam ngan air panas je sekejap pastu toskan)
Pastu hiris bwg merah & cili padi.
Tumbuk udang kering, lada hitam & belacan sampai lumat.
Masukkan bhn2 yg dah ditumbuk ke dalam taugeh beserta kerang, kerisik dan jus limau, jgn dilupa garam & gula...
Dah siap!
No comments:
Post a Comment