WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Wednesday, March 13, 2013

Snowy cheesecake

Disebabkan ahkak tergoda tgk cik ruby buat kek ni, kebetulan bahan-bahan pun ada, cuma kena beli cream cheese je. Punye la bersemangat...lagipun anak-anak suka kek ni. Kalau beli 1 slice biasanya Qr15, makan pun tak puas sebab mahalll hehe
Godek punya godek,...rupanya senang je buatnye! Hasil pun mabeles! Anak-anak & hb pun suka sebab boleh makan banyak-banyak. Tapi tu lah...1st time buat memang selalunya tak perfect. Lagipun takde utensils yg lengkap. Hentam jelah labi....asalkan sedap!
Ni ada alasan nak pi beli xtra gadget dapo kat Ikea yg baru je bukak tu. :)))
Resepi ni faez cedok dari mamafami. Tq mama for the sharing and tq too to cik ruby sebab menaikkan semangat nak buat kek ni!
amatur sungguh....comot-momot kek tu jadinye!

Sunday, March 10, 2013

Terjun tingkap lagi????

Pagi tadi dapat berita dari mr hubby yang ada 2 org lagi Msian staff yg terjun tingkap. ** Terjun tingkap tu gelaran utk yg cabut lari without notice**
Baru je reda kes terjun tingkap yg sebelum ni walaupun diaorg dah tinggalkan a very bad impression tentang Msian. Org2 Arab ni dah tak percaya kat Msian walaupun yg still ada kat sini boleh buat kerja dgn dedikasinya tapi pada diaorg 'bad means bad, no compromise'!
Walaupun mereka ada alasan tersendiri tapi tolonglah fikirkan kawan2 yg kat belakang, yg betul2 nak cari rezeki ni.

Sekadar luahan perasaan di pagi hari 

Assalamualaikum...

Inti karipap express

Satu malam tu, masa BW, terbaca la blog ni  tapi dah lupa pulak link dia, cari-cari tak jumpa. Baca punye baca...terjumpa la satu post ni...inti karipap 15min! Really???!!! Ni kena cuba ni sebab yang lama nak tunggu tu ialah masak inti pas tu dapur pun punyelah selekah sebab merecik-recik.
Dia kata masak dalam rice cooker tapi jgn letak air sebab nanti kentang tu akan produce air. Ok lets try!
Semalam 1st trial, betul 15min and tak letak air tapi inti tu too dry.
Pagi ni 2nd try, letak air sket tapi lembik pulak. Bila button tu tukar kpd keep warm, kena alihkan ke dlm kuali utk keringkan sket lagi. Dalam 10min. Ok jugak....instead of 1.5hrs jadi 1/2hr! Byk masa jimat tu. Quality inti tu sama je dgn yg biasa pas tu yg penting tak penat sgt nak tenyeh dapo...**wink wink**
inti tgh mendidih
Tq kak....klu dah jumpa semula nnt sharekan link dia.

AKC Family Day

tu dia....ajk makanan tgh sibuk dok membungkuih

incik bos jadi ajk sukan yg mmg bersemangat sungguh!


ammar baru nak start colouring contest

bersungguh-sungguh kanak2 semua tapi finally ada la satu kisah terjadi....jeng jeng jeng


ni acara treasure hunt aka rebut gula-gula utk 4-6thn, acara yg plg seronok sbb semua bdk2 happy!
 Bismillah & assalamualaikum...baru berkesempatan nak cerita ceriti kat sini. 2/3 aritu, Msia Al Khor, kiranya persatuan penduduk utk Msian kat sini organised Family Day utk winter season tahun ni. Itupun angin sejuknye tinggal saki-baki je....bila pukul 10, bahangnya dah mula terasa. huhu...Dalam sebulan lagi dok la berkurung dalam rumah memasing. Faez and geng group rewang biasa la...takde la keje lain kitaorg ni...masak2 and then makan2 haha
Alkisahnye....colouring contest tu telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan parents apatahlagi anak2 yg menyertai, termasuklah faez. Rasanya ada terdengar yg semua akan dpt hadiah sbb understood la kan budak2, kalau orglain dapat tapi dia tak dapat mesti mengundang 'hujan'. Terjadi juga pada ammar & ramai anak2 lain. Byk feedback diterima regarding this. Nanti akan dibincangkan dalam post mortem meeting ya...tapi ammar ramai mak2 angkat dia yg pujuk dan dapat hadiah kesian sebab nangis. Len kali kena sediakan jugak goodies bag.
Gambar abang ngan kakak tak sempat nak snap sebab time tu ummi sibuk dgn makanan :D
Lagipun tak tau acara apa yg diaorg masuk. Ummi ngan ayah pun tak join acara...apakah....x sporting...? hmmm entah ek, cam takde mood pulak.

k bye

Tuesday, March 5, 2013

2nd trial succeeded

Sejak melayan perasaan ingin tahu pasal istimewanya tudung brand yg satu ni( sbb ramai nau member yg pakai), beli la satu kat sorang member, itupun 2nd hand, dia baru pki sekali tp hubby dia tak suka ngan kaler tu jadi aku pun sambar le. Nak beli yg baru takut tak sedap pakai lagipun harga bolehhhh tahan :)
Bila dah pakai....alamak....fall in love la pulak! Elok dah sedap je bila sarung. Patut la ramai yg pakai. Sekarang faez rasa brand ni yg paling best! Beli online je, seminggu dah sampai. Postage charges utk 3helai ni = RM35. Ok la kan....kalau anta address msia lg murah, poslaju cuma RM7 je!
Kalau sesape berminat; faez shopping tudung2 ni kat www.norlawafashion.com
2nd trial succeeded, more will be on the way! ♥♥
** Annual dinner will be on 28/3, so boleh melaram ngan tudung baru! Hehe**