WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Wednesday, July 25, 2012

Ramadan

Hari ni dah 7 ramadan. Mood nak update tetiba hilang pulak. Kejap je masa berjalan. 1 ramadan aritu genap 3 thn abah pergi...kami sgt merinduimu abah. Hanya al fatihah dan doa kami kirimkan agar rohmu tenang di alam sana...
2 ramadan pulak jika abah masih ada, genaplah usia dia 61 thn. Allah lebih menyayangimu...
Aktiviti kat rumah pulak, pagi-pagi dok dpn lappy jengah blog-blog masak nak tengok & cari idea nak masak apa. Alhamdulillah so far menu semua anak2 & suami suka. Lagipun faez masak apa yg tak pernah or jarang masak pada hari biasa. Lagipun bulan ni tak ambik oder karipap so masa free tu byk la sket jadi boleh masak yg remeh-remeh...
Kuih talam berlauk utk iftar ke5 tp kena improve lagi

Resepi kuih ni faez ambik dari Petit Chef, tq....

Bhn2:
Udang kering-diblend kering
Daun bawang & bawang goreng
Cili merah

350gm tepung beras
800ml pati santan
~ 2-2 bhn dikacau atas api sederhana hingga likat, tmbh garam sket
~ masuk adunan kedlm loyang, mampatkan
Dah rata, tabur udang kering, daun sup, cili & bawang goreng.
Kukus selama 20min.
>> sedap dimkn bersama sos. Faez mkn dgn sos keropok lekor je, tak sempat dah nak masak sos lagi.

Happy masak...! 8-)

No comments:

Post a Comment