WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Thursday, September 30, 2010

Syawal kedua




Hari ni giliran rumahku pula...adik-beradik semua berkumpul. Yg buat kecohnya spt biasalah, tentu budak2 ni ditmbh pula dgn anak2 buahku. Riuh-rendah rumah! Selain asyik menjamu selera, sessi bergambar pun mengundang kekecohan yang bole dikatakan dahsyat la jugak. Semua mak2 jd tarzan tp anak tetap buat kecoh dia org jugak!
Selesai sessi gmbr2 semua berangkat balik ke tg karang melawat sedara belah sana plak tp sedara sblh arwah abah x de kesempatan sebab sorang anak buahku demam panas & muntah2. So lepas rumah cik salim terus balik.
Perut dah sendat, kain dah ketat, mata pun dah x boleh angkat. Berapa kilo la nanti berat aku naik nih...! Balik Al Khor kena xcercise nih! ye ke....//!!!???;;;;

Monday, September 27, 2010

Dipagi syawal


Tahun ni turn pagi raya di T.Gong. Semalam sesudah selesai acara masak-memasak dan selepas majlis berbuka puasa beramai-ramai di umah mak aku, kita org pun bertolak balik ke t. Gong yang x berapa jauhnya tu dgn membawa juadah tadi sebagai buah tangan. Tahun ni semua ipar & biras beraya di umah ibu mertuaku so meriah lah. Lagipun dengan kehadiran cucu2nya yg mmg sentiasa riuh-rendah & juga baby baru;;;
Mak belum start masak lagi tp diriku tak terdaya nak tolong sebab biasa dia akan masak time2 org tido. Begitu juga dgn birasku yg lain.
Esoknya bgn pagi juadah mak 3/4 dah siap. Siap dgn ketupat palas & lepat lg. Yelah, fav abgku...Lepas smbhyg raya kita semua pun mkn. Mmg balas dendam nih! Then bermaaf-maafan.
Lepas tu jalan raya ke umah sebelah2. Pukul 3+ baru kuar gi umah ayah then umah mak aku pulak. Sampai umah mak pulak dipenuhi dgn sedara-mara sbb thn ni nenek beraya di umah mak.
Tapi aku notice semenjak 2 menjak ni penerimaan sedara pd kami lain sket. Mungkin keje kat oversea tu org baru nak pandang up sket kot. I wonder why...

Wednesday, September 22, 2010

Preraya preparation


Seperti tahun2 sblmnya, satu hari sblm raya adalah hari masak-memasak. Memang meriah sebab semua ada tugas memasing. Yg keje pun amik cuti apalagi kita org yg mmg bercuti pjg thn ni. Lagipun abgku lah org kuat kat dapur, utk angkat2 periuk & dapur. Tugas rebus ketupat pon abg jugak. Kalau kita org x balik raya thn ni, adik iparku lah yg akan take over.
Menu raya tahun ni: KETUPAT....lawan dgn RENDANG KERANG ( dah jadi menu wajib utk raya sbb permintaan tinggi), RENDANG DAGING, KUAH LODEH, SAMBAL KACANG & AYAM KAMPUNG MASAK LEMAK CILI API. Fuh...! mmg meriah!
Siap masak dalam pukul 5 ptg. Get ready tuk buka puasa plak. Makan la apa yg dimasak tadi...x sabo dah ni!

Thursday, September 9, 2010

Esok hari raya....!

Setelah bertungkus-lumus selama seminggu menjelajah tempat2 shopping maka kini tibalah masa yg dinanti-nantikan....
Biasala, tetiap tahun, sehari seblm raya ialah hari masak-memasak. Kita org masak kat umah mak aku sbb kalau masak kat umah sendiri tak meriah. Juadah yg nak dimasak bermcm-mcm...rendang kerang, rendang daging, kuah kacang, sayur lodeh & ayam msk lemak cili api. Of course dimkn dengan ketupat, aku ngan abgku yg anyam tau....adanku
Itupun pukul 6+ baru settle, semua dah lembik, kepenatan...
Time berbuka balas dendam la...ditmbh pulak dgn lemang yg dibeli oleh adik iparku. Perghhh!! Bisa bertmbh berat badanku ini nanti!
Lepas maghrib, bersiap utk pegi ke rumah my MIL sbb thn ni turn rumah abang. Mata aku dah berat nih...layan mata dulu ar!

Sunday, September 5, 2010

Shopping Day has started!

Sunday, wpun suma bgn dah kul 11. Jetlag lg wo...! Plan tetap diteruskan. Mak pun ikut, saja nak jln katanya. We all went to PKNS & SACC je. Nak gi Jln TAR mls, mesti mcm sardin cap ayam punye.
Sekali pegi S alam pun sardin jugak! Tapi teruskan jugak. Baju suma dah settle, tggl kasut, kamera & perhiasan wanita haha Lama tul aku x buat keje yg satu ni!
Shopping punye shopping dari kul 1 - 5! Esok sambung lagi...
Berbuka umah mak TG. Pun meriah jugak, lg2 ada baby baru....
Mlm wpun dah kul 12 semua x leh tido. Masa taip ni kul 11:20 pg, belum bgn lg!
huish...!

Kini tiba masanya.....

Balik raya!! Semua xcited gila dari lepas sahur. Ammar dah tau nak naik flight, asyik la merengek. Hari ni kemas2 rumah & final kemas luggage. Tak masak coz ada jemputan buka kat umah cousinku.
Petang kul 5:30 dah keluar. Buka, solat maghrib & isyak, keluar pegi airport. Dah check in online so x de la rushing sgt.Gi A&W, bdk2 ni nak float. Beli 3 float + sepinggan nugget & fries kena byr QR82! OMG...! X tau nak ckp apa. Bayo jelah. Tggu sket nye lama, smpi ngantux...
Kul 1:30 msk tggu bus nak gi naik flight. Finally...So cam biasalah. Nasib baik dia tya weather fasting ke x. Itupun cuma sandwich je dia bg. Tapi ramai yg x puasa, arabian ler. Bdk2 ni pun terpedaya gak bila dia serve bfast. Aku tapau jelah blk umah.
Kami dijemput leh adik iparku. Sampai umah, bila salam mak dia terus nangis pas tu peluk aku kuat2. Ni klu aku x blk raya ni sure nangis je dia kot! Rumah mak suddenly bertukar riuh-rendah! Mak pun happy je muka dia. Mesti dia kesunyian setelah pemergian abah, teman suka-dukanya..I can't imagine klu abg pegi...
Lepas buka, sessi bg hadiah. Everyone seems happy. Alhamdulillah....aku pun happy ngan Coach aku!
Mlm tido awal coz ngantuk sgt...
Esok sambung lagi....must be a lot of xciting things to come!