WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Tuesday, November 23, 2010

Citer cuti lagi



Sambung lagi....3rd day plak. Semalam suma flat jugak sbb penat main snow, mlm tido lena...Pepagi kul 9 start gather lg kat lobby. Ari ni 1st dest pegi Dubai Mall sambil amik gambar kat ' World's highest building - Burj Khalifah @ Burj Dubai'. Ari ni jugak nak tgk2 handbag. Tu yg mummy2 suma looking forward tu.
Sampai je kat situ suma berpecah, yelah, takkan nak jln satu rombongan mcm kat sekolah plak. 1st thing 1st, mestilah kitaorg carik makan. Perut dah kenyang baru kaki boleh jalan.Besar wooo mall tuh! Klu perut kosong mau menggigil rasanya. Dah mkn gi amik gambar kat burj tu. X amik pro photographer pun, abgku punn dah pro!
Dah lepas tu baru start jln, tu pun x masuk suma kedai, pilih yg penting je. Beli toy Ammar, accessories azra & i got a Guccissima for me...! Harga dia rasanya yg plg murah kot kat butik tu sbb yg aku berkenan kat tu je so yg lain i x tanya. Tp klu cite kat org yg x sewaktu dgnku, harga mmg ridiculous just for a handbag! Tp aku beli for my satisfaction! I don't mind what people will say! haha
Dah lepas membazir kat Dubai Mall lak, beralih arah ke IKEA...! Ni berapa plak aku nak spend nih??!! relek la bang, bkn selalu pon...hihi
Dah masuk ikea tu, food court la peginye, dgn harapan meatball dia sama sebijik mcm kat kl. Sekali makan alamak....lain, rasanya dia ada campur kambing kot. Mesti la nak selitkan jugak cik kambing tu! Dah beli kenalah layanzzz je. Klu tak sayang lak.
Bila gi kitchen section, nak x nak mesti sambar brg punye. I got 1 pan, pas tu 1 set of spatula & 2 blanket for the kids. Harga dia murah lg compared to kl.
That's for the day..suma dah bkn tired je but exhausteddddd!
To be continued....

Monday, November 22, 2010

Bab cuti lagi






Continuation bab semalam. 2nd day, suma dah rehat mlm tadi so pg tu fresh, boleh start the journey. 1st dest is Ibn Battuta Mall yg cantik tu. Sekali sampai, mmg cantik! Dia ada byk court ie China, Egypt, India, Tunisia, Persia. Kita org x plan nak shopping kat sini coz nanti nak shopping kat Dubai Mall & Mall f The Emirates. So jln2 cuci mata & of course amik gambo le. Tapi bila lalu kat Borders, terpedaya juga diriku ini bilamana menimbun novel2 yg harganya cuma Dhs10! So i got one for each of us. Tp aku punye beli 2. Org lain sibuk jln2, kita org sibuk layan perut, tu sbb x abis jln kat mall ni. X pe lah, kedai suma lebih kurang je lgpun mmg nak window shopping je.
2nd episode of the day....Mall Of The Emirates. Tempat ni pun happening jugak. Tapi terlalu ramai manusia sbb kat sini jugak Ski Dubai is situated. Budak-budak pun excited sungguh nak pegi tempat ni. Mak & bapak budak pun sama je....So to fulfill promise, kita org pun msk le, x de la nak main ski, bkn reti pun. Just main snow, amik gambo & naik chairlift. Tu pun dah spend Dhs1000 tuk tiket. Nak gi switzerland lama lg, main la snow kat Dubai dulu. Overall its really fun, for both of us & surely for the kids!

To be continued lg...

Our vacation story




12/11/2010, pukul 4.45 pg waktu Qatar, bertolak lah kami sefamily menuju ke Doha utk berkumpul bersama kwn2 yg lain dan meneruskan perjalanan ke Dubai & Abu Dhabi seperti yg dirancang. Pukul 6.15 bertolak dr Doha, berhenti di border Arab Saudi utk cek passport dan urusan tok nenek segala. Masalahnye kat situ je dah 2 jam stranded. Urusan imigresen satu hal, yg bwk keta pun satu hal. Tak de nye yg boleh sabar especially 'org2 kg' tu. Last2 semua keta dah jammed kat satu tempat! Aparaa....pakaian je beriman tp akhlak...sendri mau ingat! kat situ je dah bertambah dosa kita org sbb mengutuk dia org ni.
Lepas border saudi, border UAE plak. tu tak de la lama sgt tp bab toilet lak nak cite. Mak ai! toilet dia mmg x maintain. sape yg x leh thn dgn bau & kotoran mmg x jadi lepas hajat. terlalu teruk! paip pun tunggang langgang. tp itu suma pengalaman... Pukul 3 baru jumpa pekan kecik, berenti for solat & lunch.
Perjalanan diteruskan....sampai dubai pukul 9+. Semua dah kepenatan. Masuk bilik...boom boom!
To be continued....

Wednesday, November 10, 2010

Travelling preliminary preparation

Esok, Jumaat, 12/11/2011, akan bermula perjalanan merentas padang pasir untuk 5 keluarga menuju destinasi percutian sempena hari raya haji thn ni iaitu Dubai. Suma dah xcited ni. Dgn niat utk melihat2 negara org dan of course...SHOPPING ler...Dubaikan kota fesyen kat Mid East ni. Suma pakat2 nak terjah butik handbag. Biasalah, ladies....
Tapi...sebelum semua itu berlaku, hari ni ken lah start prepare dulu. Packing baju, ( ni yg maleh ni) & msk sikit tuk bfast & lunch esok. Tapi lauk simple je. Pagi mkn sandwich & lunch aku kena msk ayam kicap. tugas masak dah didistribute masa meeting aritu.
So apa lagi. Let's get started!

Tuesday, November 9, 2010

Crabbing Part 2

Seminggu kemudian, 4/11/2010 bersamaan dgn hari Khamis, kita org pegi lagi mengetam, kali ni dgn rombongan jiran2 Al Khor pulak. Yg 1st time tu ngan member2 kat Doha. Yg sebetulnye kaum bapak2 yg over xcited sbb pegi je mesti dpt byk ketam. Satisfaction katanya....walaupun ketam yg dijual kat pasar tu pun majoritinya masih hidup dan harganya x de lah mahal pon....Yg kaum ibu pulak x delah xcited sgt, cuma happy nak picnic ramai2 kat tepi pantai yg nuuuuuuuun jauhnye tu.
Menu malam tu nasi lemak still mempunyai demand yg tinggi. Aku bwk karipap pusing. Tu pun kapla sudah pusing sbb kelam kabut. Memula x decide nak pegi, karipap tu just stand by je. Lagipun kalau x habis blh buat frozen. Tetiba ada membe offer transport so confirm la nak pegi. Apa lg, gear 2 tu kenalah tukar gear 5 plak!
Rombongan yg pegi memula 5 keta. Rupanye on the way ada tmbahn plak so jadinya 6 keta tp dia org suma x de family. Sampai je letak brg, psg lampu, bentang tikar, dia org yg xcited tu terus je menuju ke destinasi msg2 termasuk la abg, haziq & azra. Aku nak gek turun tp biasalah Ammar. Kang penat je aku nak dukung2 dia.
Sejam kemudian dia org pun balik ke pangkal jalan...dgn membawa buah tgn masing2. Abg dpt 1/2 baldi. Alhamdulillah..tp....apa aku nak buat dgn ketam2 ni plak. Nak bg kwn2, suma pun gi crabbing. Nak tak nak kena la simpan gak. Penuhlah peti ais ku...
Pukul 12 kemas siap & balik la apa lg! Lgpun angin sejuk tu mencengkam2 ke tulang.

Monday, November 8, 2010

Cooking time....




Mlm tadi dah bertungkus-lumus tangkap ketam, pagi ni bertungkus-lumus la plak memasak. Menu pilihan: Stuffed crab with lemon sauce. Nama dah menarik...mcm 5 star hotel! hihi
Pukul 8 pg dah start projek kukus ketam & mengeluarkan isinya pas tu baru leh masak. Kerja dilakukan secara berduet ye...korek punye korek isi ketam tu sampai lenguh la pinggang. Rupanya we've been sitting for 6 hours only doing that!
Dah sumbat, tibalah masa tuk memasaknye. Kukus balik 10 min.
Hasilnye....pergh! Sedappppp! Tapi penat mengatasi segala-galanye smpi x dapat menikmati keenakan ketam tu sepenuhnye. Tapi hatiku puas sebab sedap dan dapat bg kawan2 rasa....
Layannnzzzz gambar plak!

Crabbing time....




Entry yg dah berusia 3 minggu tapi malas dan tak cukup masa nak ngadap lappy dan mengupdate. Sibuk memanjang, dengan baju belum siap jahit, urusan rumahtangga dan segala-galanye. First time gi crabbing, rombongan yg melibatkan 5 buah family yg pun 1st time aku jumpa. Semua dari Colliseum. Difahamkan jugak rombongan ini juga yg akan berkonvoi utk trip holiday ke Doha & Abu Dhabi. I hope I can get along.
Bertolak dari rumah lepas maghrib. Actually dekat je ngan umah kita org tp cuma tak tau tempat. Lagipun pegi beramai-ramai sambil berpicnic tentu lebih menarik dan meriah! Dalam pukul 7:30 sampai ke destinasi. Ingatkan picnic tepi pantai tapi rupanya pantai dia nuuuuuuuuun jauh di sana. Yg ada cuma pasir dan rumput2. Ala...layan jelah...! Lagipun jumpa kwn baru mesti byk nak citer2. Semua ok...Masing2 bwk juadah yg dah diberikan tugas. Aku bwk sambal ikan bilis je. Mlm tu menu nasi lemak. Kena lak ngan kopi o & teh o panas di tgh2 kesejukan malam....pergh...!
Rombongan yg ke pantai termasuk la abg & anak2ku. Aku nak gak turun tapi Ammar ni susah sket, x mo tinggal so lupakan jelah hasrat tu ye...
lepas sejam semua dah balik dgn membawa hasil tangkapan masing2. Byk tuh....! Apa aku nak masak ni? Mcm x muat je peti ais kat umah. Jawabnye....bebawak le bersedekah ye....kul 11:30 kemas2 & balik. Sejuk ke tulang! x leh tahan wo.....