WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Wednesday, August 3, 2016

Majlis Mesra Raya B469

Raya kat sini, open house mmg berderet..bkn hanya weekend, weekday pun ada. Makanya..dapur cik kiah sume pun jarang la berasapπŸ˜€πŸ˜€
Utk rumah kami, 22/7 dipilih utk majlis mkn2 hari raya, sambil beramah-mesra dan berkenalan dgn mereka yg baru pindah ke community ni. Alhamdulillah meriah! Ramai yang dtg.
Selain acara makan2, gambar2, ada satu lagi acara yg best iaitu rewang2! Time ni la keluar segalan mcm cerita..dr kisah family, anak2, baju, abaya, malah cite hantu pun ada!πŸ˜‚πŸ˜‚
Jom layan gambar..ada jgk gambar dr open house rumah member yg lain.

Majlis rewang rumah cik azie..sedang memotong lemang kontroversi😜

 

 

Rewang rumah sendiri pulak...Actifry yg mmg tiptop service dia!

Bibik Noxxa in action..pun tiptop!

Kek lapis hadiah dr seseorg, my fruit cake, tapai pun dr seseorg & kuih2 raya

Kepok lekor terengganu
 terrrlajak laku! Jzkk kpd yg memberi...

 

 


 

 

Sekadar selingan..klu pakai camni, masak x sedap pun blh jadi sedap!😜😜

Monday, August 1, 2016

Syawal 2016, 1437H

Dimulakan dgn bismillah...lama sgt dah tak singgah sini..almaklum, byk sangat rumahnya pun..πŸ˜‚πŸ˜‚
Dlm diam dah 2 tahun since last post..tgk Ammar pun comel lagi masa tu. Sekarang dah membesar bagai johan..camtu jugak Haziq & Azra.
Setelah sekian lama tak menceceh kat sini, kita mulakan dgn kisah syawal tahun ni. Semenjak 6 tahun di perantauan, tahun ni la kali pertama kami sefamily beraya di sini, di Al Khor. Hmmm..susah jgk nak terima bila hubby kata tak dpt cuti sebab dia pun baru bertukar dept selepas gelombang pertama staff termination...Alhamdulillah Allah masih memberi kami rezeki di sini & sentiasa berdoa agar Allah kurniakan rezeki di sini lebih lama memandangkan Azra akan menduduki exam IGCSE 2017 nnt..aamiin.
Ok..ramadhan kami lalui spt biasa..dgn kemeriahan cara org Arab yg lebih menitik beratkan ibadah berbanding hal duniawi..waktu kerja pun hanya 4 jam agar dpt rehatkan diri utk ibadah di mlm hari..
Tetapi tiba waktu 2 minggu puasa..ramai kwn2 yg sudah pulang awal ke Msia.
Hal ini berterusan hingga sehari seblm raya..masa tu la..aduh..dia punya feeling tak tau nak cakap huhu. Kami hanya akan pulang ke Msia betul-betul dah habis raya..maknanya sebulan lagi! Harap-harap raya kat sini meriah lah hendaknya dgn bertemankan 40 family lain yg juga akan pulang pd bln Ogos & ada juga yg tak balik langsung ( lagi haru! 😬😬 )
Setelah habis sebulan berpuasa, syawal pun menjelma...walau di mana jua kita berada, sambutlah hari kemenangan dgn kegembiraan kan..pagi-pagi lagi ( kat Msia dah tengahari pun) kita pun berfacetime. Syukur ada facetime..blh la lepaskan rindu. Tgk jelah family pegi beraya..family amik grp photo..sedih la jugak kan.
Sementara kat sini pulak..ramai rakan2 yg menjemput dtg rumah. Nampaknya kenyang sampai ke malam ni spt kata2 mereka yg biasa beraya kat sini. Mmg sungguh! Dari satu rumah ke satu rumah sampai la ke malam. Kami pun menerima tetamu sampai lps maghrib. Meriah sungguh πŸ˜€. Hari pertama majority rumah masak nasi impit & rendang, termasuk la rumahku. Ketupat tu tgk jelah gambar kan..nanti raya haji kita balas dendam ye..😜
Kita layan la gambar raya pertama rizal & co beraya di Al Khor yeπŸ˜€πŸ˜€


Teratak kami...


  Melawat yg senior dulu...rumah Kak Aini

 
Rumah Cik Azie

 
Rumah Nadia

My sweet home

Di bawah pohon bambu, belakang rumah😜
Rewang open house raya ke3, rumah Cik Azie..bakar lemang kontroversiπŸ™ŠπŸ™Š
Bakal menjadi kenangan mengusik jiwa..

With my anak dara...😘😘
Dgn rakan taulan..

Geng stay sampai pkl 10 mlm..kemas2..tapau2...πŸ˜†πŸ˜†

Thursday, April 10, 2014

Ammar turned 7!

Bismillah....lama sungguh tak menyinggah kat sini dan byk sungguh story mory nak cite....slow-slow kayuh ek...huhu
8 Apr 2014, Ammar dah 7 tahun....mcm kejap je dah besar. Means lagi besar tanggungjawab nak mendidik dia beserta abg & kakak lepas ni.
Ummi &  ayah sentiasa doakan ammar jadi anak yg soleh, berbahagia di dunia dan akhirat. We all luv u soooo much!
Besday present ~ dia nak pegi Funville je....entertainment centre utk bebudak....layankannnn....lagipun cuti sekolah 2 minggu tak pegi vacation mana-mana sbb ayah 'shutdown' so kitaorg kena la shut up huhu....apa pon tak bleh! Dengar jelah kwn2 vacation je Istanbul la...paris la....blk msia la....xpe turn kite july nanti! InsyaAllah

Saturday, January 25, 2014

Sand dune pulak...

Lepas kat pantai kite piknik kat bukit pasir pulak....kalau tengokkan tempat tu takde apa yg menarik pun, cuma dikelilingi dgn bukit-bukit pasir tapi bila tgk anak-anak panjat bukit tu...mesti teringin nak panjat jugak! Cuma speed kurang kalau nak bandingkan dgn anak-anak. Yelah...mak-mak sume dah 4 series ke atas hehe....
Kalau dah piknik tu...mesti banyak makan & byk makanan kan....mmg enjoy makan ramai-ramai sambil borak-borak! Kitaorg ni nama je umah dekat-dekat tapi bukan selalu jumpa, jadi kalau dah jumpa mmg banyak cerita ceritinya!

* Mencari port yg sesuai & best*

* Turun je dah berlumba-lumba naik*

* The spread*

*Ini chef juga kasi masak!*

* Solat jgn dilupa...*

* Yeay....! Berjaya walau termengah-mengah*

* Di puncak*

*Pisang goreng panas-panas*

* Bbq sausage*

*Last but not least....unggun api sbb sejuk tak menahan...pukul 8mlm dah kemas nak balik*

Tuesday, December 31, 2013

Piknik-piknik....nikmat winter

Bila dah masuk bulan Dec memang sume org excited! Masing-masing keluarkan bbq set dari dlm kotak. Yg belum ada cepat-cepat serbu Lulu ~ hypermarket yg femes kat Qatar ni, termasuk la yg menaip ni...dah 4 thn baru nak cari bbq set wahaha
Aktiviti yg wajib adalah piknik + bbq + camping by the beach. Beach kat sini mmg cantik tapi takde kemudahan public toilet. Klu org2 Arab siap pasang khemah / majlis dia tu beserta dgn mobile toilet skali. Khemah pun siap air conditioned. Dorang ni klu takde aircond tak leh hidup kot huhu...
Nama pun org kaya kan...sume benda nak perfect la...boleh beli kan...
Piknik kitorg kali ni tak jauh dr community so klu nak ' membuang' tu boleh drive balik hehe....klu jauh dr rumah mmg kena wat mission impossible la nak lepas hajat. Tapi pegi ramai2 mmg enjoy! Makanan pun usah cerita...bermcm2 jenis! Tp dlm gembira2 tu...saudara2 kita di Syria jgn dilupa...
Suhu time ni lebih kurang 23°c di waktu siang & 16°c di waktu mlm & awal pagi. Dah cukup utk mengundang gigil wpun lengkap berstokin bagai...camane la mereka yg kat Syria tu...takde sweater & kasut dlm salji....
Jom layan gambar pulak!

Sunday, December 1, 2013

1day course

Sebok betul mokcix weekend ni...letih plak rasa...tapi kalau tak join rasa rugi pulak lagipun ni 1st time faez belajar.
Kali ni kita belajar cara-cara menguruskan jenazah pulak. Yelah...nak masuk 4 series ni kan...tak belajar dah office management. Huhu...
Course ni dari 8pg - 3ptg. Banyak ilmu yg baru tapi benda ni kena practise, baru expert. Kena pastikan betul, baru boleh buat. Tapi pada yg melakukan fardhu kifayah ni, besar pahalanya!
Kalau bukan utk orang lain, at least kita ada knowledge utk family sendiri.

Trip to Al Thakira Park

Jumaat 29/11/2013, minggu kedua utk kelas KAFA. Disebabkan kelas sebenar belum boleh digunakan, maka minggu ni telah dipersetujui oleh semua cikgu2 untuk mengadakan outdoor activity yg dimulakan dgn kelas yg paling kecik....kelas Sumayyah ngan Ali. Punye la excited anak-anak ni bila dpt tau, termasuk la Ammar. Lagi pulak kawan kamcing dia ada sekali. Geng gegirl semua behave tapi boboys tu faham-faham jelah. Cuma 8 org tapi riuh-rendah mcm 20org...belum yg bergelut...melompat bagai. Kering tekak ummi dia hehe

Senamrobik di pagi hari 

Snack time!

Riang-ria kanak-kanak

Time ni je rasanya dorang dok diam-diam hehe

Sesi bercerita bersama ummi Ina

Macam-macam gaya ada....

Jom naik bas, next time kita pegi trip lagi....

Group photo of the day