WELCOME TO....

A life journey of me, my other half and our juniors which I describe in words for our memory forever.....







Monday, September 17, 2012

Bila emosi melanda diri....

Dalam berkawan tu biar la fleksibel. Berusaha untuk terima buruk & baik kawan-kawan kita kalau kita nak kumpul ramai kawan yang mmg ikhlas nak berkawan. Ada jugak kawan2 yg cuma nak mengambil kesempatan. Kalau boleh elakkan la sebab kalau kita berkawan dengan org yg baik maka kita pun akan jadi baik tapi kalau kita berkawan dengan org yg nakal, kita pun akan berjangkit sama. Setiap orang ada kebaikan dan keburukan masing2. Namanya pun manusia. Lagi la kalau kita berada di dalam kelompok yg kecil, jauh dari family & negara sendiri. Kalau kita dalam kesusahan, kawan2 la yg kita akan cari dulu. Betul tak?
Kalau nak nasihat pun masing2 dah berumur dan anak pun dah besar2 so berusahalah untuk menjaga sikap kita agar disenangi oleh orang2 di sekeliling kita. Alhamdulillah, faez dikurniakan dgn kwn2 yg baik hati semuanya walaupun ada la jugak yg tak berapa nak ok. Cuma kalau berkawan jgn terlalu rapat kerana satu hari dia akan menjadi musuh ketat kita. Benda ni dah terbukti pun....

**A reminder for me & my anak-anak, Haziq, azra & ammar**

Our raya 2012 (2)

## My in law side family members##
 
Sambung lagi ceritera raya...pagi raya kat umah in law. 2 tahun juadah raya dah tak meriah mcm dulu-dulu coz my mum in law dah kena mild stroke, tak boleh buat keje lebih dan berat2. Kebanyakan keje suami dia yg tolong ie my step dad in law. Actually my hb ni anak tunggal dari mum & dad dia. pas tu masing2 dah kawin lain so ada 8 org step sibblings. So tiap kali we all kena balik 3 rumah instead of 2 tapi best sebab hubungan we all boleh katakan rapat. Tak de la gaduh2 or berdendam.
Tentang hidangan pagi raya pulak, biasa we all sampai lepas isya' & terus pack rendang2 ajaib yg dimasak siang tu hehe untuk 2 family in law  rasa. Tapi tahun ni, bila sampai je rumah Tlk Gong, my MIL tengah anyam daun ketupat palas & lepat pulut. Walaupun tak larat tapi demi anak tersayang yang balik bertemu setahun sekali, digagahkan juga. Pengorbanan seorang ibu...faez & biras pun amik chance la belajar anyam daun ketupat palas tu sbb umah kitaorg tak penah buat. 2 ketupat tu fav en hb so kena la ambik tau kan. Next time boleh try buat pulak.
                                             ## Family abang sulung ni##

         
                                      ## suke tgk gambar ni, cool je, background pon cool##
 
                                                       ## jalan-jalan, raya-raya##
 
## Ammar, Haziq & Ashraf yg petah sgt!##
Gambar umah FIL tak sempat ambik sebab dia pun sibuk layan tetamu yg berduyun2 datang.

** Baju melayu en hb & my sons tempah kat anne' kedai abaya yg femes kat al khor, sapa lagi klu bukan Ahmed the great. Ni ad hoc punye planning, seb baik cantik dia buat cuma buka tangan je kecik sket. Next time boleh improve. Yg baju kurung pulak, faez punye keras tangan le, tak yah la nak tempah. :)**


 

Alhamdulillah....

Semlm en.hb masuk umah tersenyum2 je....rupanya dpt reward dari co on last year's shutdown. Berbaloi la sebab sampai balik keje kul 3 pg! Huhu
Last year diorang dapat pen mont blanc & digital frame tp hb x terlibat dalam shutdown tu. 2 mende tu pun harga dah ribu- riban. Tahun ni ada la rezeki. Baru la best! Semangat sket staff nak kerja kuat! Tu yg sayang nak tinggalkan co ni sbb benefit & reward diaorg bagi x hingat harga punye. Tu belum menang lucky draw tour europe tu! Kita tggu annual dinner feb nanti kot2 ada rezeki ek. Congrats cayang!


Raya kami 2012 (1)

Baru nak cite raya, org lain dah masuk memory lane dah...huhu...tak kira, nak cite jugak! Hehe
Mmg normally kitaorg akan sibuk masak2 lauk & ketupat segala on the day tgk anak bulan. Tu la moment yg paling best, yg tak akan dpt kalau kitaorg raya kat al khor. Tu la nak balik raya jugak sbb hati ni belum kuat nak raya kat sini. Tp tak tau la lain kali, kalau kena raya bkn summer holiday, terpaksa la layan jugak raya kat sini.
Tahun ni our raya was so exotic. Sebab apa....sebab rendang2 tu kiranya susah la nak dpt kat umah org lain! Hehe
Mana taknye, rendang kerang, rendang rabbit, rusa black pepper( ni terjumpa org jual masa gi pasar) & lemak cili api ayam kampung. Hrmm... Ada yg tak mkn rabbit sbb kesian coz biasa org main2 as a pet tp actually sedappppp wo! My FIL siap ada bereban2 nak kasi jual. Ada bran???;)
Cuma sempat amik gambar time dlm koli je sbb bila dah masak, suma dah kefenatan. Aku pun dah tak de mood nak snap lagipun setelah mengetest rendang2 tersebut!
** Rendang kerang yg setiap tahun tak cukup, air tgn mak. Marvellous! Tapi haziq & azra yg kena kopek, kalau kitaorg tak balik mmg mak tak buat kot**
 
 
**Ketupat hasil anyamanku, en hb & my siblings, nape tak caya ke i blh anyam?? **
 
**Rendang rabbit in the kuali. Yummy..yummy!**

Thursday, September 13, 2012

Dah 37......

Alhamdulillah...bertambah setahun lagi usiaku. Terima kasih ya Allah kerana masih memberi kesempatan untukku bernafas dan menikmati rezeki kurniaanMu. Semoga hidup kami sekeluarga sentiasa dalam rahmatMu...amin...
Tq juga for my family members & frens for all the warm wishes.
Present? Mr laling dah bagi awal2 dah....tq cayang for the LV! Tahun depan nak lagi....:)


Wednesday, September 12, 2012

Malaysia oh Malaysia...

Bila dah sampai tanahair terchenta tu, dengan segeranya mood memasak pun off! Yelah, dah lama tu dok buat list mana nak gi makan. Bukan mak bapak je ada list, anakanda2 bertiga tu pon ada list memasing! Actually byk tempat kitaorg pegi makan tapi tak semua yg sempat disnap sebab dah serbu dulu, bila dah habis baru teringat. Huhu..
1st day sampai ofcourse buka kat rumah bondaku dulu. Adindaku yg shopping suma makanan sebab kitaorg tak larat & malas nak tempuh traffic jam.
2nd day berbuka dgn family in law kat Muara Ikan Bakar, Port Klang. Mmg ramai & meriah sampai tak sempat cheq nak ketip gambar hihi
Dlm meriah2 tu terselit jugak rasa frust sbb we spent dlm rm600 tp foods mmg tak memuaskan! Ikan tak fresh & udang pun tak berapa nak masak. Sungguh kuciwa...tp redha jelah. Next time mmg tak nak dah pegi sana. Should go to Jeram in the 1st place...
Lepas dah iftar kat umah mak ayah, tibalah masanya jjcm sdn bhd. Untuk menunaikan hajat en hb yg teringin nak mkn kat Seoul Garden ( thn lepas dia dah kena tggl sbb jauh kat Al Khor) we all pun pegi la jelajah chopping mall baru yg dekat je ngan umah ie Setia Alam Mall. Cam heaven je...mmg kena chopped le en hb...hihi
Yg ni sempat nak amik pics sbb relax skit.



haish...camera or aku yg weng ni..tak bleh nak adjust plak

sorry for the inconvenience caused, tapi nak letak jugak, for our own eyes :)